Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Dewan Rakyat Bukan Forum...

SHAH ALAM - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menegaskan Dewan Rakyat...

Hukuman Gantung Di Malaysia...

WALAUPUN kerajaan Mexico sering melancarkan 'perang' terhadap kartel dadah, namun negara itu langsung...

Gadis Belasah Lelaki Kurang...

NEW DELHI - Marah kerana sering diganggu, seorang pelajar membelasah lelaki di sebuah...

Jangan Gopoh Ambil Tindakan...

IPOH - Kerajaan negeri yang ditadbir Pakatan Harapan (PH) dinasihatkan supaya tidak terburu-buru...

Ibu Bapa Saman Menteri, Anak Lemas Dalam Tandas

SEORANG ibu tidak dapat menahan air mata tatkala menceritakan bagaimana dia menemui mayat anak lelakinya yang berusia lima tahun, lemas di dalam mangkuk tandas di sekolah.

Michael Komape, merupakan pelajar di sekolah rendah Mahlodumela di wilayah Limpopo di Afrika Selatan. Dia hilang selepas ke tandas.

Menurut Rosina ketika memberikan keterangan di mahkamah, dia mendapat panggilan daripada pengetua yang memaklumkan bahawa anaknya terjatuh ke dalam mangkuk tandas.

Apabila tiba di sekolah, dia hanya melihat tangan anaknya dan tidak dapat melihat keseluruhan badan kanak-kanak berkenaan.

Insiden itu, katanya menyebabkan dia dan keluarganya menjadi trauma, meskipun ia berlaku pada 2014 lalu.

Rosina dan suaminya James telah memfailkan saman terhadap Menteri Pendidikan yang enggan bertanggungjawab terhadap kejadian lemas itu. Pasangan itu mendakwa tandas terbabit tidak sesuai untuk digunakan oleh manusia.


Menurut BBC, selain Menteri Pendidikan, James dan Rosina juga menyaman pengetua sekolah kerana cuai serta melanggar hak pendidikan asas kepada pelajar.

Pihak defendan bagaimanapun berpendapat kematian kanak-kanak itu adalah disebabkan oleh kemalangan, bukan kecuaian.

Perbicaraan kes saman ini dijangka mengambil masa selama tiga minggu. – Mynewshub.cc

Kategori