Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

GAMBAR : Likas Banjir...

Dikhabarkan hari ini, di kawasan sekitar Likas, Sabah telah berlaku banjir kilat berkemungkinan...

Vaksin COVID-19 Moderna Selamat...

WASHINGTON : Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat berkata vaksin COVID-19 Moderna Inc...

Tiada Lagi Diskaun Saman...

KUALA LUMPUR - Tiada lagi pengecualian atau diskaun akan diberikan kepada pengguna jalan...

Harga Baja, Racun Naik...

KUALA TERENGGANU : Kenaikan sehingga 100 peratus harga baja dan racun sejak akhir-akhir...

“Ibu Saya Tidak Bersalah” – ‘Kembar’ Redza Rosli

SEMENJAK drama bersiri Shh… I Love You ditayangkan, ramai yang menganggap Redza Rosli turut terlibat dalam drama itu.

Tetapi, pelakon itu sebenarnya memang tidak terlibat langsung pun dalam drama berkenaan.

Khabar angin yang mengatakan pelakon itu muncul sebagai seorang doktor dalam drama tersebut hanyalah lakonan orang lain yang mempunyai muka mirip pelakon itu.

Sejak cerita itu disiarkan, Mohd. Afiq Md. Nor menjadi perhatian netizen gara-gara wajahnya dikatakan seiras dengan pelakon Ku Kirim Cinta itu.

Menurut Afiq, dia berlakon dalam drama tersebut kerana pengarah drama itu, Nizam Zakaria menginginkan doktor sebenar untuk menjayakan watak doktor dalam cerita itu.

Sebelum ini, sebuah portal ada menyatakan yang ibunya turut keliru apabila Mohd. Afiq menunjukkan gambar Redza Rosli.

Disebabkan perkara itu, Afiq dikecam netizen dan lebih teruk lagi ada segelintir daripada mereka yang menghina ibu jejaka yang berasal dari Melaka ini.

“Saya tidak sangka perkara itu jadi besar terutama bila netizen mula hina ibu saya sebagai buta dan rabun kerana tajuk itu. Saya rasa marah dan sedih bila baca komen tidak berhati perut itu.


“Tolonglah hentikan, Ibu saya tidak bersalah dalam hal ini, saya harap netizen tidak melemparkan kata-kata kesat, kutuk sahaja saya bukan ibu,” katanya dipetik mStar Online.

Akui pemuda berusia 25 tahun ini, isu itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada dirinya dan keluarga sekali gus mengganggu fokus kerjanya sebagai seorang doktor.

“Saya bukan artis dan saya juga tidak bersedia jika keluarga saya dikecam seperti itu, jika saya seorang sahaja tidak mengapa.

“Disebabkan perkara itu juga saya terpaksa mengnyahaktifkan akaun Instgaram saya buat sementara kerana tidak mahu gangguan netizen,” ujarnya.

Mohd. Afiq merupakan seorang doktor pelath dan berkhidmat di sebuah hospital kerajaan.

Dengar-dengarnya dia turut ditawarkan beberapa tawaran lakonan yang lain, tetapi terpaksa ditolak kerana sibuk dengan tuntutan kerja. – MYNEWSHUB.CC/SA

*Video sekadar hiasan…

Kategori