Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Bajet 2022: Kurangkan Jumlah...

KUALA LUMPUR - Pemberian Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan peruntukan sebanyak RM8.2 bilion,...

Penyanyi Elyana Alami Keguguran...

PENYANYI yang popular menerusi lagu Tak Tercapai Akalmu, Elyana disahkan mengalami keguguran anak...

Reman Pasangan Kekasih Bunuh,...

SUBANG JAYA ā€“ Pasangan kekasih warga India yang dipercayai terbabit kes bunuh dan...

Bukti Tunjuk Iran Dalang...

WASHINGTON - Pentadbiran Presiden Donald Trump berkata, Iran kemungkinan menjadi dalang serangan kemudahan...

Ibu Suap Rumput Pada Anak Di Kem Pelarian Rohingya

COX’S BAZAR (Bangladesh) – Melihat sendiri seorang ibu muda etnik Rohingya terpaksa menyuap rumput kepada anaknya demi kelangsungan hidup antara realiti pilu yang meninggalkan kesan cukup mendalam bagi seorang sukarelawan di kem pelarian di Cox’s Bazar.

Sukarelawan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Mohd Syukri Shaari, 34, berkata kisah itu dilihat ketika kali pertama tiba di Kem Pelarian Thankali, iaitu sebuah kem tidak rasmi di Cox’s Bazar pada September lepas.
“Pada ketika itu, keadaan di kem berkenaan memang sangat daif. Bayangkan, ibu berusia awal 20-an yang dikenali sebagai Summayah ini tiada pilihan melainkan terpaksa memotong rumput berhampiran khemahnya yang dibina menggunakan buluh dan plastik.

“Rumput berkenaan kemudian digoreng sebelum disuapkan kepada anak lelakinya, Yahaya yang berusia dua tahun yang kelihatan kurus dan tidak mengerti akan apa yang menimpa mereka,” katanya ketika ditemui Bernama di Kem Bhalukali, di sini.

Mohd Syukri berkata menurut Summayah, suaminya telah dibunuh dan rumah mereka di Pekan Maungdaw di utara Rakhine telah dibakar oleh tentera Myammar.

“Summayah berjaya melarikan diri bersama anaknya dengan hanya membawa seekor anak lembu tetapi ketika di sempadan Myammar-Bangladesh, Summayah terpaksa menyerahkan anak lembu itu sebagai tambang dia dan anaknya untuk menyeberangi Sungai Teknaf, Bangladesh untuk mendapatkan perlindungan di kem pelarianā€.

Mohd Syukri yang telah bertugas di beberapa buah kem sekitar Cox’s Bazar sejak tiga bulan lepas berkata tambang bagi merentasi sungai berkenaan adalah kira-kira 82 Taka (RM4), namun atas permintaan tinggi menyebabkan pengusaha sampan mengambil kesempatan dengan mengenakan caj yang tinggi sehingga 6,140 Taka (RM300) bagi menyeberangi sungai berkenaan.

“Mereka tiada pilihan ketika itu, sama ada membayar ataupun menyeberangi sungai secara sendirian dan menggunakan tong kosong sebagai pelampung.


“Bagaimanapun, nasib Summayah dan etnik Rohingya yang lain semakin pulih apabila kerajaan Malaysia melalui MAPIM dan badan bukan kerajaan lain bertungkus lumus membantu memperbaiki kehidupan mereka di sini,ā€ katanya.

Dianggarkan lebih 621,000 penduduk Rohingya di wilayah Rakhine, Myanmar, telah melarikan diri ke Bangladesh berikutan serangan tentera Myanmar terhadap orang awam dengan alasan memerangi militan bersenjata, sejak 25 Ogos lalu.

Sementara itu, Naib Presiden MAPIM, Ahmad Tarmizi Sulaiman berkata sejak Ogos lalu sebanyak 322 rumah perlindungan, 22 madrasah, 127 pangkalan air bersih dan 22,455 pakej makanan telah diberikan kepada pelarian Rohingya di beberapa kem hasil sumbangan kerajaan dan rakyat Malaysia.

Beliau berharap sumbangan daripada semua pihak dapat diteruskan bagi memastikan masyarakat yang ditindas ini terus terbela nasib mereka. – BERNAMA

Kategori