Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Saya Tiada Produk Kecantikan...

PELAKON tinggi lampai Dynas Mokhtar mendedahkan pernah disapa oleh seorang peminatnya yang mengaku...

Polis Bantuan Antara 29...

SHAH ALAM - Polis menahan 29 individu termasuk seorang anggota polis bantuan berumur...

Pemuda Lombok Kahwini 2...

JAKARTA - Seorang pemuda Indonesia di Lombok melangsungkan perkahwinan dengan dua wanita sekali...

“Itu Kucing Saya” –...

"SAYA berlari kerana gemuruh tengok anggota polis dan tentera dalam masa yang sama...

Identiti Sebenar 4 Suspek Kes Bunuh Kim Chol Didedah

SHAH ALAM – Identiti sebenar empat suspek lelaki yang masih bebas dalam kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam didedahkan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Pegawai Penyiasat Kanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang/KLIA, Asisten Supritendan Wan Azirul Nizam Che Wan Aziz berkata keempat-empat mereka yang merupakan warga Korea Utara itu ialah Hong Song Hac, 34, Ri Ji Hyon, 33, Ri Jae Nam, 57, dan O Jong Gil, 55.

Pada prosiding sebelum ini Wan Azirul Nizam memberi keterangan bahawa tertuduh warga Indonesia Siti Aisyah, dan warga Vietnam Doan Thi Huong, memberitahunya empat lelaki itu hanya di kenali sebagai “Mr. Chang”, “Mr. Y”, “Hanamori” dan “James”.

“Hong Song Hac yang dikenali sebagai Mr. Chang memasuki Malaysia pada 31 Januari 2017, Ri Ji Hyon yang dikenali sebagai Mr. Y memasuki negara ini pada 4 Februari, Ri Jae Nam (Hanamori) pula tiba di negara ini pada 1 Februari dan O Jong Gil (James) masuk ke negara ini pada 7 Februari 2017.

“Keempat-empat mereka keluar dari Malaysia pada 13 Februari lalu iaitu pada hari Kim Chol diserang di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2),” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad.

Wan Azirul Nizam berkata, beliau memperoleh kesemua maklumat empat lelaki itu hasil risikan Cawangan Khas Bukit Aman.

Saksi kesembilan itu berkata, hanya tiga suspek iaitu Ri Ji Hyon, Hong Song Hac dan Ri Jae Nam menaiki pesawat ke Jakarta, Indonesia pada 12.30 tengah hari, 13 Februari 2017, di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).

“Seorang lagi suspek (O Jong Gil) keluar melalui KLIA pada sebelah petang, namun saya tidak ingat destinasi suspek kerana saya tidak membawa buku catatan (ID) hari ini,” katanya pada hari ke-12 perbicaraan kes Siti Aisyah, 25, dan Doan , 28, didakwa bersama-sama empat lelaki yang masih bebas membunuh Kim Chol, 45, di Balai Pelepasan klia2 pada 9 pagi, 13 Februari lalu.

Mengenai proses mengesan kesemua suspek, Wan Azirul Nizam berkata beliau memohon waran tangkap melalui interpol bagi mengesan mereka.

“Pada peringkat pertama, mereka dibuat sebagai senarai orang yang dikehendaki dan seterusnya status tersebut ditukar kepada orang yang paling dikehendaki,” katanya sambil menambah tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini.

Saksi itu berkata berdasarkan imej rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada 2.38 petang 13 Februari 2017, menunjukkan wakil Kedutaan Korea Utara dan pengurus Syarikat Penerbangan Air Koryo membantu pembelian tiket O Jong Gil di KLIA.


Katanya rakaman CCTV itu juga menunjukkan tiga suspek lagi berjumpa dengan wakil Kedutaan Korea Utara dan pengurus Syarikat Penerbangan Air Koryo pada 10.30 pagi hari sama di KLIA untuk tujuan serupa.

“Wakil Kedutaan dan pengurus Air Koryo menggunakan laluan khas yang hanya dibenarkan kepada petugas khas dan individu yang memiliki pas khas pada 4.15 petang,” katanya.

Katanya hasil siasatannya mendapati kedua-dua mereka itu adalah wakil daripada Kedutaan Korea Utara yang berada di negara ini dan juga pengurus Syarikat Air Koryo yang juga berada di Malaysia.

“Saya ada siasat dan telah rakam percakapan kedua-dua mereka. Secara keseluruhannya mereka menjelaskan tujuan mereka berada di sana (KLIA) adalah untuk membantu setiap individu atau rakyat Korea Utara yang menaiki pesawat untuk ke luar negara,” katanya.

Wan Azirul Nizam berkata beliau mengetahui identiti kedua-dua lelaki itu selepas imej mereka dihantar ke Cawangan Khas Bukit Aman bagi mendapatkan maklumat risikan.

Kepada soalan lain mengenai rakaman CCTV, saksi itu berkata beliau mengarahkan supaya rakaman CCTV di tempat kejadian dibuat salinan ke dalam bentuk cakera padat digital (DVD) dan beliau memperoleh 24 keping DVD.

Katanya selepas disemak, imej di dalam DVD itu adalah sama dengan imej di dalam CCTV berkenaan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azmi Ariffin bersambung esok. – BERNAMA

Kategori