Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Nazim Othman Hargai Peminat...

NAZIMƃā€šĆ‚Ā Othman yang sebelum ini diberitakanƃā€šĆ‚Ā menghidap penyakit berkaitan otak menzahirkan rasa syukur di laman...

Penyanyi Terkejut Lelaki Bogel...

BINTANG pop Belanda, Maan de Steenwinkel, 20, menangis ketakutan selepas dua penyampai Radio...

Mukhriz Terpaksa Guna Khidmat...

JITRA ā€“ Penglibatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir secara ā€˜ekspresā€™ dalam dunia politik sehingga...

Konflik Palestin-Israel: Iran Desak...

TEHERAN ā€“ Iran semalam mengeluarkan amaran baharu kepada Israel yang mendesak agar Rejim...

Idris Khan Tamat Zaman Bujang Bulan Depan

NAMANYA jarang-jarang terpampang di media massa, namun sepi tidak bermakna pelakon Idris Khan melupakan peminat-peminatnya.

Dalam perkembangan kehidupan peribadinya, pelakon drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin ini mengesahkan yang dia bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi. Tahniah!

Idris menyatakan yang dia bakal menyunting seorang gadis bernama Sanaa Jaffer menjadi suri hidupnya bulan hadapan tanpa mendedahkan tarikh sebenar pernikahan tersebut.

“InsyaAllah, kami akan melangkah ke jenjang pelamin bulan depan. Januari depan genap dua tahun saya mengenali Sanaa dan sepanjang mendekatinya, saya lihat dia memenuhi ciri yang saya cari sebagai suri hidup.

“Saya selesa dengannya kerana Sanaa memahami apa yang saya lakukan. Tidak mudah untuk mereka yang berada di luar lingkungan dunia hiburan memahami insan seni, tetapi bakal isteri pula sebaliknya.

“Dia sudah mula faham cara kerja saya, malah boleh membiasakan diri dengan persekitaran kerjaya yang tidak menentu masa. Saya berharap perancangan kami ke arah yang lebih baik itu akan dipermudahkan,” katanya dipetik BH Online.

Khabarnya, pelakon 29 tahun ini sudah menjalin cinta dengan gadis kelahiran Maghribi itu sejak dua tahun yang lalu.

Dalam pada itu, Idris menyatakan filem terbitan pertamanya bersama Pekin Ibrahim yang bertajuk KL Wangan bakal ditayangkan juga pada Disember ini.


“Alhamdulillah, segala persediaan akhir sebelum filem ini menjengah pawagam sudah hampir selesai. Saya mengakui, teruja untuk melihat hasilnya nanti kerana ia percubaan pertama dan terbesar pernah saya lakukan,” ujarnya.

Nampaknya, berganda berita kegembiraan yang dikongsikan pelakon ini. Sudah pasti Idris teruja dengan kedua-dua berita yang sangat bermakna buat dirinya itu.

Filem KL Wangan terbitan syarikat produksi bersama itu turut menampilkan pelakon seperti Faizal Hussein selaku teraju utama serta Emily Lim, Kazuto Soosn dan Jasmine Suraya.

Khabarnya, syarikat produksi mereka iaitu Centro Pictures turut bekerjasama dengan Volkswagen Malaysia dalam menjayakan filem aksi ini. Jadi, sama-sama kita tunggu hasilnya bagaimana nanti. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori