Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Geras Hantar Memo Kepada...

KLANG - Gerakan Rakyat Malaysia (Geras) akan menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong...

Lelaki Hilang Ditemui Maut...

SEORANG lelaki berusia 25 tahun dari Sulawesi, Indonesia ditemui maut ditelan seekor ular...

Salleh Cabar Tun M...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak mencabar Tun Dr. Mahathir...

Penyokong Ghairah Disembur Gas...

POLIS Perancis terpaksa menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan kumpulan penyokong ghairah yang...

Imam Besar Al-Azhar Bertemu Pope

ROM – Imam Besar Al-Azhar, Ahmed al-Tayeb, antara institusi Islam tersohor dunia, bertemu Pope Francis, di sini, semalam dan bertekad memperkukuh kerjasama bagi memerangi keganasan.

Sebelum ini, pemimpin agama bagi hampir 1.3 bilion penganut Kristian itu adalah Pope pertama yang melawat ibu pejabat Al-Azhar pada April lalu.

Sejurus selepas pertemuan itu, Ahmed berkata, Islam turut berhadapan dengan ‘jihad terhadap diri sendiri’ dan mengakui penganut agama berkenaan turut tidak terlepas daripada menjadi mangsa keganasan.

“Ia adalah kanser yang sudah merebak ke banyak bahagian di dunia dan Al-Azhar sebagai institusi keagamaan tertinggi di Mesir menawarkan sumber serta sumbangan demi mencari jalan penyelesaian terhadap keganasan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi mesyuarat anjuran Sant’Egidio, iaitu komuniti Kristian yang diiktiraf secara rasmi oleh Vatican City.


Ahmed berkata, mesyuarat berkenaan turut membincangkan beberapa isu yang menghantui dunia ketika ini dan mencari jalan penyelesaian untuk mengurangkan penderitaan rakyat. – AFP/BH ONLINE

Kategori