MESIR – Seorang imam muda yang terselamat dalam insiden pembunuhan beramai-ramai di sebuah masjid di wilayah Sinai hingga mengorbankan 305 orang bertekad untuk kembali ke lokasi terbabit dan menghabiskan khutbah yang tidak sempat diselesaikannya.
Mohammed Abdel Fattah, 26, yang menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid al-Rawda di wilayah Sinai ketika letupan berlaku.
“Saya hanya sempat menyampaikan khutbah selama dua minit apabila mendengar dua letupan di luar masjid dan kemudian melihat jemaah berlari dalam keadaan ketakutan,” katanya.
Abdel Fatah yang menjadi imam selama dua tahun di Masjid Rwanda berkata khutbah yang disampaikan ketika tragedi itu ialah mengenai ‘Nabi Muhammad’.
Ketika insiden, beliau terjatuh dari mimbar ketika serangan berlaku dan dipijak oleh jemaah lain yang cuba melarikan diri dari pembunuhan beramai-ramai itu. – AFP/BH ONLINE