Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kedudukan Waytha Moorthy Terpulang...

IPOH – Kedudukan P.Waytha Moorthy dalam kabinet terpulang kepada Perdana Menteri Tun Dr...

Tips Tangani Anak Dari...

APA itu Cyber Bully?Cyber bully atau buli siber adalah perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan...

Tiada Hubungan Cinta, Baju...

PELAKON Nazrief Nazri, 25, mengakui dirinya tidak menyimpan sebarang perasaan cinta terhadap Emma...

Penggunaan Pengangkutan Awam Bertambah

KUALA LUMPUR – Purata harian penggunaan pengangkutan awam merekod kenaikan 12 peratus kepada...

Insurans Kargo Marin Pertama Asia Dilancarkan

PETALING JAYA – Syarikat pengurusan risiko marin, Quantum Ivory Sdn Bhd, melancarkan perlindungan kargo dan kontena marin Asia pertama, iCargo+, bagi pengimport dan syarikat pengangkut yang menggunakan laluan laut di Malaysia.

Ketua Pegawai Operasinya, Kua Kok Yee berkata perlindungan itu sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab logistik utama.

Beliau percaya iCargo+ akan dapat mengurangkan sebanyak kira-kira 80 peratus, masalah dan isu yang dihadapi syarikat pengangkut dan pengimport di Malaysia.

“Sebelum ini. apabila pengimport dan syarikat pengangkut menyewa kontena untuk menyimpan barang mereka (kargo) untuk penghantaran, mereka (syarikat pengangkut dan pengimport) perlu membeli insurans kargo daripada syarikat insurans luar negara, melindungi hanya kargo dan bukan kontena.

“Semasa proses penghantaran, sekiranya kontena dimiliki oleh syarikat perkapalan rosak atau hilang atau lewat dipulangkan, mereka juga bertanggungjawab dan perlu membayar bagi sebarang caj pembaikan, bayaran lewat dan pemulihan.

“Kini, dengan iCargo+, kandungan kargo dan kontena dilindungi sekiranya ia berdepan situasi di luar kawalan mereka termasuk bencana alam, kemalangan, kecurian dan kerosakan teknikal,” katanya pada taklimat media mengenai iCargo+, di sini, hari ini.

Kua berkata ini akan menjimatkan masa, mengelakkan rundingan yang tidak perlu antara pengimport dan syarikat perkapalan, meningkatkan keuntungan dan kecekapan, serta mengurangkan aliran keluar ringgit ke negara-negara lain, kerana perlindungan insurans kini boleh dibeli secara dalam talian di Malaysia.

“Kadar insurans akan sesuai dengan apa yang ditawarkan oleh pasaran,” katanya.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Quantum Ivory Chua Hock Peng berkata syarikat itu menjalankan kaji selidik berkaitan analisis dan penyelidikan mengenai isu deposit yang dikenakan oleh syarikat perkapalan dalam tempoh lima tahun lepas.

“Dalam berbincang dengan pihak-pihak berkaitan bagi menangani isu ini, kami berharap pengimport dan syarikat perkapalan boleh bekerjasama bagi memanfaatkan perniagaan mereka dalam jangka masa panjang,” katanya.

Beliau berharap iCargo+ boleh mencapai 200,000 unit bersamaan 20 kaki (TEU) dalam masa enam bulan terutamanya menyasarkan Pelabuhan Klang.

Rakan kongsi insurans antarabangsa dan penaja jamin bagi iCargo+ ialah CHUBB Insurance Malaysia Bhd, QBE Insurance (Malaysia) Bhd dan AXA Affin General Insurance Bhd.

iCargo+ boleh dibeli menerusi Centralised Logistic integrated Portal (CLiP) Quantum Ivory di laman web https://clip.com.my/. – BERNAMA

Kategori