Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

PDRM Tahan 17 Orang...

KUALA LUMPUR - Tujuh belas orang yang disyaki merancang melakukan keganasan di Kuala...

Sambutan Hari Keputeraan Sultan...

JOHOR BAHRU - Sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum...

Rita Datuk Sosilawati Lancar...

KUALA LUMPUR - Pemilik produk kecantikan Nouvelles Visages, Rita Datuk Sosilawati meluaskan empayar perniagaannya...

Mia Sara Akui Sering...

RUPANYA bergelar selebriti pada usia muda tidak semudah seperti disangkakan.Buktinya, pelakon cilik Mia...

Interaksi Bersemuka Perlu Dipupuk Sejak Pendidikan Awal

PUTATAN – Kemahiran dan tatara interaksi bersemuka perlu dipupuk sejak awal pendidikan anak-anak agar mereka berupaya menguasai kemahiran itu menjelang dewasa, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin.

Yahya berkata kemahiran itu boleh diterapkan kepada generasi muda bukan sahaja melalui galakan interaksi antara murid dan guru ketika sesi pembelajaran di dalam kelas tetapi lebih penting interaksi antara sesama murid itu sendiri.

“Selain daripada itu, adab dan tatacara sewaktu berinteraksi dan berkomunikasi perlu turut sama diutamakan dan mereka juga harus dididik agar dapat berhubung dengan masyarakat sekeliling dalam suasana yang aman dan harmoni.

“Ini sejajar dengan semangat 1Malaysia yang menjadi tunggak kepada keamanan dan setia kawan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara kita. Kita mahu anak-anak ini berkawan dengan sesiapa sahaja, dan menghapuskan syak wasangka yang sentiasa bermain di benak orang dewasa seperti kita,” katanya.

Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah dan Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Petagas berkata demikian sempena Majlis Konvokesyen Prasekolah Sekolah Kebangsaan Tombovo 2017 di sini hari ini.Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pegawai Perhubungannya Aliudin Jumat.

Sementara itu, Yahya mengajak ibu bapa agar meneruskan usaha menggilap nilai-nilai murni dan kemahiran yang diterapkan pihak sekolah kepada anak-anak mereka agar nilai itu terus subur sehingga mereka mencapai usia matang.


Katanya jika ibu bapa tidak mengambil serius perkara berkenaan, maka segala usaha yang telah dilakukan terhadap anak-anak mereka sepanjang berada di bangku prasekolah, akan menjadi sia-sia.

“Janganlah kita menjadi racun, yang membunuh benih-benih ini, ataupun menjadi sabit, yang ‘menebas’ dedaun yang menghijau apabila ia cukup subur,” katanya. – BERNAMA

Kategori