Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

KDN Siasat Rakaman Audio...

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menyiasat rakaman audio perbualan didakwa...

Petronas Nafi Berita Jual...

BERNAMA - Syarikat minyak nasional, Petronas, menafikan berita ia sedang mengadakan perbincangan dengan...

Jangan Tebang, Cantas Pokok...

KUANTAN - Orang ramai tidak seharusnya mengambil tindakan menebang atau mencantas pokok hiasan...

Wisma Putra Sahkan Tiada...

WISMA Putra menerusi satu kenyataan hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam...

Israel Tahan Mayat Pejuang Palestin

BAITULMAQDIS – Israel menemui mayat lima rakyat Palestin dalam sebuah terowong di sempadan Semenanjung Gaza yang diletupkan minggu lalu.

Pihak berkuasa Zionis mahu menggunakan penemuan itu untuk berunding pertukaran rakyatnya yang ditahan di Gaza.

Satu kenyataan tentera berkata, sejak terowong diletupkan, tentera bekerja di wilayah Israel untuk melengkapkan pemusnahan dan ketika ‘kerja berterusan di kawasan itu,’ lima mayat pejuang ditemui.

Jumaat lalu, kumpulan Islamic Jihad berkata, lima pejuangnya dikhuatiri hilang.

Israel berkata, ia akan menahan mayat pejuang Palestin berkenaan bagi memberi tekanan kepada kumpulan Hamas memulangkan mayat tentera serta penduduk awam Israel yang hilang.


Hamas berkata, ia menahan dua askar Israel yang diisytiharkan mati selepas hilang ketika perang Gaza 2014. Kumpulan itu juga berkata, ia menahan dua orang awam Israel yang memasuki wilayahnya. – Reuters/BH ONLINE

Kategori