Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Sistem mySIKAP JPJ Alami...

KUALA LUMPUR - Perkhidmatan sistem pengkomputeran mySIKAP di kaunter urusan Jabatan Pengangkutan Jalan...

Nama Messi Dilarang Sebut...

HUBUNGAN panas di antara Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi bukan sahaja diperkatakan di...

Perayaan Berbilang Kaum Bantu...

TAWAU - Sambutan pelbagai perayaan masyarakat majmuk dapat mengukuhkan lagi perpaduan penduduk yang...

Program Intergrasi Komuniti Diperkasakan...

PUTRAJAYA - Program Integrasi Komuniti yang diadakan pada setiap sesi persidangan Parlimen akan...

Isteri ‘Kantoi’ Dengan Rakan Sekerja

SEORANG anggota polis membuat laporan ke atas isterinya yang mempunyai hubungan sulit dengan rakan sekerjanya.

China Press melaporkan, suami wanita itu menangkapnya ketika dia bersama dengan seorang polis lelaki di sebuah rumah di Sri Petaling, Kuala Lumpur, pukul 5 petang, pada Ahad.

Laporan itu memetik sumber berkata, suami wanita itu sudah mengesyaki kecurangan isterinya dan bertindak untuk mengekori wanita itu.

“Dia mengikuti isterinya ke Jalan Sungai Besi pada pukul tiga petang hari kejadian. Dia melihat isterinya berjumpa lelaki itu sebelum mereka kembali ke rumahnya di Sri Petaling.

“Cubaan lelaki itu untuk membuka pintu gagal kerana isterinya sudah menukar kunci lalu dia mengumpil pintu itu.

“Lelaki itu terkejut melihat isterinya dalam keadaan separuh bogel dengan kekasih gelapnya,” ujar sumber itu lagi.


Lelaki itu dikatakan mengambil gambar dua pasangan itu sebelum bertindak membuat laporan polis.

Tambahnya lagi, lelaki itu juga berharap pihak atasan akan mengambil tindakan tatatertib terhadap dua anggota polis itu. – mStar Online

Kategori