Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Sultan Brunei Agih 500,000...

BANDAR SERI BEGAWAN - Lebih 500,000 kotak akan diberi kepada setiap umat Islam...

Sejuk Melampau, Qobin Hadapi...

KUALA LUMPUR – Penjelajah negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin dilaporkan telah semakin menghampiri...

Saya Sendiri Akan Bela...

BESUT - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh memberi jaminan akan memastikan...

Pelajar Harus Sentiasa Bermotivasi...

KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah mengingatkan semua...

Isu Larangan Bertudung Bertentangan Perlembagaan

KUALA LUMPUR – Sebarang dasar larangan pemakaian tudung seperti yang dilapor dibangkitkan Persatuan Hotel-Hotel Malaysia (MAH) adalah bertentangan dengan Perlembagaan negara, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau menyifatkan dasar larangan bertudung bagi wanita Islam yang bekerja di barisan hadapan sektor perhotelan di sesetengah rangkaian hotel di negara ini sebagai perkara tidak berasas.

Menurutnya, pendirian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) adalah jelas berdasarkan status Islam di negara ini dan prinsip kebebasan dalam beragama.

“Dalam soal ini, perlu difahami secara jelas bahawa pemakaian tudung dalam Islam adalah kewajipan dan isu ini bersifat menyeluruh yang menjadi sebahagian daripada tuntutan agama,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat jawatan kuasa di Dewan Rakyat semalam.


Asyraf Wajdi menjawab soalan Datuk Dr Khairudin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) berkenaan pendirian Jakim tentang isu pemakaian tudung.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung. – BERNAMA

Kategori