Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

RM1 Bilion Untuk Dana...

KUALA LUMPUR - Selaku peneraju industri halal dunia, sejumlah RM1 bilion diperuntukkan menerusi...

Galah 3 Meter Diguna...

SUNGAI BULOH - Parang yang diikat dengan galah sepanjang tiga meter telah digunakan...

Ibrahim Ali Gelar ‘Bangsat’.....

Ketua Pemuda UMNO yang juga Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, enggan menghiraukan...

Warga M’sia Terlibat Sindiket...

SUNGAI GOLOK - Polis Thailand menahan seorang warga Malaysia di pekan Sungai Golok...

Jabatan Pendidikan Sabah Senaraikan Sekolah Daif

KOTA KINABALU – Jabatan Pendidikan Sabah akan menyenaraikan sekolah-sekolah daif yang memerlukan penyelenggaraan segera, kata Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul.

“Kita sememangnya sudah mempunyai rekod sekolah-sekolah daif di Sabah…kita akan laksanakan (kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah daif ini),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pembentangan Bajet 2018 pada 27 Okt lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan mengumumkan peruntukan masing-masing RM1 bilion untuk Sabah dan Sarawak untuk kerja menyelenggara dan baik pulih sekolah-sekolah daif di kedua-dua negeri berkenaan.

Maimunah berkata dengan peruntukan itu, lebih banyak sekolah daif di seluruh pelosok negeri ini akan diselenggara dan diperbaiki.
“Kita bertuah dapat keistimewaan begini…kita bersyukurlah atas pengumuman bajet oleh perdana menteri kita,” katanya.


Beliau berkata pada masa ini, sebanyak 30 buah sekolah daif sedang diselenggara dan dibaiki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan dijangka siap pada Disember ini, bagaimanapun ia tidak termasuk dalam peruntukan RM1 bilion itu. – BERNAMA

Kategori