Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Video Seks: Mahathir Yakin...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin video intim yang...

Gara-Gara Pinjam 120K, Peniaga...

KUANTAN - Gara-gara terpedaya dengan tawaran pinjaman mudah sebanyak RM120,000, seorang peniaga terpaksa...

SPRM Sentiasa Teliti Aduan...

MELAKA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sentiasa meneliti semua maklumat atau aduan...

Isyarat Lucah Punya Pasal,...

GOMBAK - Seorang anggota polis berpangkat konstabel cedera selepas ditikam dua lelaki di...

“Jadi Pesta Air Doh Tak Bekwoh Mano Doh”

MACHANG – Majlis kenduri sepasang pengantin di Kampung Galang, Dekat Pulai Chondong, di sini bertukar menjadi seakan-akan ‘pesta air’ selepas kawasan itu dinaiki air semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu, perkarangan yang menempatkan khemah majlis pihak lelaki, Faqroul Afiq, 27, dilimpahi air yang mengalir deras berikutan hujan lebat yang dikatakan berterusan selama tiga jam.

Membuatkan majlis berkenaan gamat dengan suasana ceria apabila para tetamu dikatakan bermain air ketika sedang menjamu selera.

“Saya anggap ini adalah rahmat bagi majlis saya dan kenangan yang tak mungkin dilupakan,” kata Faqroul memetik portal Harian Metro.

Turut menjadi tular rakaman video berdurasi 17 saat memaparkan seorang  tetamu wanita terpaksa dipimpin ketika mahu menyeberangi jalan akibat arus deras yang datang secara tiba-tiba di majlis berkenaan.


“Oh keno tepak kawe bekwoh hari nih, oh Pulau Chondong jadi pesta air dah tak bekwoh mano dah,” ujar seorang lelaki dengan menggunakan loghat Kelantan secara pekat.

Menurut sumber, hujan lebat dikatakan bermula sejak jam 12 tengah hari sehingga jam 3 petang, menyebabkan air sungai melimpah bersama air bukit berhampiran kuari berdekatan.

Tambah Faqroul, dia memanjatkan kesyukuran kerana tiada kejadian tidak dingini berlaku dan tetamu dalam majlisnya juga dikatakan seronok bermain air terutamanya kanak-kanak. – MYNEWSHUB.CC

Kategori