Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Polis Thai Tangkap Penjenayah...

HATYAI - Seorang ketua kongsi gelap 'Geng 04' warga Malaysia yang menjadi buruan...

Kim K Ucap Romantis...

SELEBRITI terkenal, Kim Kardashian menzahirkan perasaaannya sempena menyambut ulang tahun kedua perkahwinannya dengan...

Imigresen Selangor Tahan 169...

SHAH ALAM - Seramai 169 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam satu...

Peniaga Menangis Terlepas Hukuman...

KOTA BHARU : Seorang peniaga alat ganti kenderaan menangis selepas Mahkamah Tinggi di...

Jaga Keselamatan Ketika Musim Banjir – MB Kelantan

KOTA BHARU – Susulan hujan lebat berterusan sejak Sabtu lepas sehingga mengakibatkan banjir, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menasihatkan semua pihak perlu memastikan keselamatan keluarga masing-masing khususnya anak-anak kecil.

Ahmad berkata masyarakat terutamanya yang tinggal di kawasan mudah dinaiki air perlu memaklumkan sebarang kejadian terutama kemalangan yang tidak diingini kepada agensi penyelamat dengan segera

“Dalam situasi hujan yang masih tidak menentu dan air didapati naik dengan cepat di beberapa lokasi, saya berharap kepada mereka yang tinggal di kawasan rendah hendaklah membuat persiapan berpindah segera sebelum menjelang waktu malam.

“Hal ini bagi memudahkan pihak yang berwajib mengendalikan urusan di pusat pemindahan selain keselamatan nyawa mestilah diutamakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad turut mengarahkan kesemua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan agar berada dalam keadaan siap sedia dan turun membantu mangsa-mangsa banjir di semua lokasi pemindahan.


Dalam pada itu, beliau menyeru semua pihak kepimpinan dan rakyat khususnya pihak yang berwajib agar menganjurkan solat hajat dan bermunajat di seluruh masjid dan surau di seluruh Kelantan bagi memohon kepada Allah agar dilindungi daripada segala musibah banjir yang tidak mampu dihadapi oleh kudrat manusiawi.

Penduduk Kelantan boleh merujuk maklumat semasa banjir di negeri ini menerusi laman sesawang ebanjir.kelantan.gov.my atau publicinfobanjir.water.gov.my bagi membuat persediaan sewajarnya. – BERNAMA

Kategori