Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Tamadun Sungai Batu Lambang...

ALOR SETAR - Usaha mengkaji dan memelihara khazanah negara di Tapak Arkeologi Sungai...

Depa Pecat Kedah Dari...

ALOR SETAR : Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa EXCO...

Lapan Peniaga Di Kelantan...

TUMPAT - Lapan peniaga di negeri ini setakat ini dikompaun maksimum RM200 di...

Jalur Lebar Selaju 100...

KELAJUAN internet yang pantas adalah perlu bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat terkini...

Jalani Pemeriksaan Gula Dalam Badan, Elak Diabetes

KUNAK – Masyarakat khususnya penduduk di Kunak disaran menjalani pemeriksaan gula dalam badan supaya tampil lebih sihat dan mencegah daripada dijangkiti penyakit diabetes atau kencing manis.

Pengarah Hospital Kunak, Dr. Asbullah Sudin berkata saranan penting itu seiring hasrat hospital untuk mencegah trend peningkatan penghidap diabetes yang dikesan di daerah ini.

“Setakat Januari hingga November ini, seramai 308 penduduk di sini mendapatkan rawatan selepas disahkan menghidap diabetes berbanding 252 pesakit bagi tempoh sama tahun lalu.

“Justeru pemeriksaan perlu dilakukan setahun sekali bagi individu berumur 40 tahun ke bawah serta enam bulan sekali bagi yang berusia 40 tahun ke atas,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata demikian selepas Forum Awam Kesedaran Diabetes dan Komplikasi 2017, sempena Hari Diabetes Sedunia di Dewan Sri Kunak di sini, hari ini.

Dr. Asbullah berkata pihaknya merekodkan pesakit diabetes baharu yang berusia seawal tiga hingga 60 tahun.

“Penghidap diabetes ini mengamalkan gaya pemakanan tidak sihat dan antara simptom awal ialah selalu rasa lapar, keletihan, kerap membuang air kecil, luka sukar sembuh dan kerap dahaga.


“Kebiasaannya mereka disahkan penghidap apabila bacaan gula dalam darah mencecah 5.6 tinggi ketika berpuasa atau lebih daripada 11 tinggi selepas makan,” katanya.

Beliau berkata individu yang memiliki tanda penyakit ini perlu segera mendapatkan rawatan di hospital atau pusat kesihatan yang berdekatan.

Forum yang dirasmikan Pegawai Daerah Kunak, Susilo Sumarto, mewakili Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah yang juga Anggota Dewan Undangan Kunak Datuk Nilwan Kabang itu, dihadiri kira-kira 300 peserta terdiri daripada orang dan penjawat awam daripada Kunak, Tawau, Lahad Datu dan Semporna.

Sementara itu, Dr. Asbullah mengingatkan masyarakat jika bacaan gula dalam darah pesakit terlalu tinggi, ia akan menyebabkan penghidap mendapat jangkitan kuman dalam badan. – BERNAMA

Kategori