Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Ketumbuhan Peti Suara Tak...

SEJAK Konsert AF Megastar Homecoming membuka tirainya Ahad lalu, nama Bob sering disebut-sebut...

Mansuh 4 Kutipan Tol...

KUALA LUMPUR - Kutipan tol di Plaza Tol Sungai Rasau dan Batu Tiga...

GAMBAR: Kilang Fucuk Tauhu...

Loya betul tekak melihat beberapa keping gambar yang tersebar di media sosial baru-baru...

Dr Mahathir Harap PH...

PORT DICKSON - Tun Dr Mahathir Mohamad berharap Pakatan Harapan (PH) akan diberikan...

Jamin Rakyat Kaya Jika Pembangkang Perintah

KUALA LUMPUR – Pemimpin pembangkang memberi jaminan rakyat Malaysia akan kaya jika negara ini diperintah oleh Pakatan Harapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail mendakwa, rakyat Malaysia tidak perlu lagi hidup mengemis dan merempat seperti sekarang.

“Rakyat akan kaya dengan pentadbiran baru yang ambil berat kesusahan rakyat.

“Rakyat tidak perlu lagi untuk mengemis dan merempat di negaranya sendiri,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rodziah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta rakyat Malaysia menilai hidup rakyat Selangor dan Pulau Pinang ketika ini.


Dakwa beliau, pelbagai insentif dinikmati oleh rakyat Selangor dan Pulau Pinang sejak negeri itu diperintah pakatan pembangkang.

“Tetapi realitinya, rakyat sering ditakut-takutkan dengan sentimen perkauman,” dakwanya. -MYNEWSHUB.CC

Kategori