Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

2 Remaja Maut Motosikal...

BATU KURAU - Dua remaja maut selepas motosikal yang ditunggang mereka bertembung sesama sendiri berhampiran Sekolah Menengah...

Banjir: 6 Keluarga Dipindahkan...

MELAKA - Dua kampung di Peringgit dilanda banjir awal pagi ini mengakibatkan 20...

NIOSH Cadang Kerjasama KBS...

TAWAU - Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee...

Anwar Ibrahim Jadi Kurus,...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa tahap kesihatan pemimpinnya, Datuk Seri...

Jangan Politikkan Bantuan Mangsa Banjir Di P.Pinang

KUCHING – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak mempolitikkan bantuan kerajaan persekutuan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang.

Beliau berkata kerajaan persekutuan komited membantu mangsa banjir biarpun negeri tersebut diperintah sebuah parti yang bukannya membentuk kerajaan persekutuan.

“Kerajaan Persekutuan amat komited untuk bantu semua mangsa-mangsa berkenaan walaupun ada yang katakan ini bukan tanggungjawab kerajaan negeri sebaliknya kerajaan pusat.

“Jangan politikkan isu bantuan ini kerana mangsa banjir tanpa mengira warna parti politik dan kaum, setiap daripada mereka harus dibantu apatah lagi rakyat Malaysia yang prihatin membantu mangsa bencana di negara luar tentunya keutamaan juga harus diberikan kepada rakyat kita yang menjadi mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan amanat tertutup kepada warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sarawak di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Dr Sim Kui Hian dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Pahlawan Mohd Dzuraidi Ibrahim.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri tiba di IPK Sarawak kira-kira 1.30 tengah hari sebelum menerima tabik hormat bagi memeriksa perbarisan pasukan kawalan kehormat Batalion ke-11 Pasukan Gerakan Am (PGA), Kem Batu Kawa, Kuching.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng telah menghubungi beliau kali kedua hari ini kira-kira 12.41 tengah hari memaklumkan bantuan kerajaan persekutuan menerusi beberapa agensi telah diterima.


“Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan saya menghulurkan bantuan biarpun negeri berkenaan kerajaan negeri yang tidak sama parti dengan Putrajaya namun atas rasa kemanusiaan dan tanggungjawab kepada rakyat keseluruhannya, saya telah arahkan agar mobilisasi anggota dan aset semua agensi penguatkuasaan ini dilakukan segera.

“Lim Guan Eng telah hubungi saya 12.41 tengah hari dah sahkan pasukan itu semua telah berada di Pulau Pinang sekarang,” katanya.

Ketika ditanya bentuk bantuan kepada mangsa banjir, Ahmad Zahid berkata peruntukan menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dihulurkan kepada mangsa ketika ini.

“Kita menggunakan peruntukan NADMA yang saya sebagai Pengerusi, bantuan diberikan bukan sahaja dalam bentuk bantuan kewangan segera tetapi juga semua bentuk makanan, peralatan, perlindungan, perubatan serta lain-lain keperluan di dalam tempoh kurang enam jam apabila arahan itu dikeluarkan.

Jika mana-mana keluarga masih belum terima bantuan sila hubungi pegawai NADMA ataupun agensi bantuan lain untuk kita ambil tindakan segera. Mungkin ada terputus hubungan dan sebagainya bantuan lambat sampai tetapi kerajaan persekutuan amat komited untuk bantu semua mangsa-mangsa berkenaan,” katanya. – BERNAMA

Kategori