Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

KDN Belum Ada Keputusan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum membuat sebarang keputusan untuk mengharamkan komik Inisiatif Jalur...

Budak Lelaki Tersekat Celah...

GUIGANG (China) - Seorang budak lelaki berusia lapan tahun terperangkap di celah tembok...

Gajah Ditangkap Di Ladang...

KOTA KINABALU - Seekor gajah jantan, yang ditangkap di sebuah ladang sawit di...

224 Saman Dikeluarkan Dalam...

PORT DICKSON - Polis mengeluarkan 224 saman terhadap penunggang motosikal atas pelbagai kesalahan...

Jangan Terpedaya Tawaran Projek Palsu Guna Nama KKR

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya (KKR) mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama KKR bagi tujuan penipuan projek palsu.

Dalam satu kenyataan hari ini, KKR memaklumkan kementerian itu mendapat maklumat daripada orang awam, kontraktor serta pemain industri pembinaan dari dalam dan luar negara berhubung perkara tersebut yang menggunakan aplikasi ‘WhatsApp’ untuk menghubungi mangsa.

“Suspek dalam pesanan ringkasnya akan menawarkan projek dengan mengenakan beberapa syarat bagi tujuan ‘membantu’ mangsa untuk memproses atau membolehkan sesuatu projek palsu itu diperoleh daripada KKR atau Jabatan Kerja Raya. Penggunaan modus operandi ini merupakan taktik yang sering dikesan dan kerap digunakan suspek,” kata kementerian berkenaan.

Sehubungan itu, KKR menggesa pihak berkaitan agar sentiasa berhati-hati sekiranya menerima tawaran kontrak mencurigakan serta menyarankan agar menghubungi Unit Komunikasi Korporat di talian 03-2771 4613/4623 atau e-mel [email protected] bagi mendapatkan pengesahan.

KKR juga mengingatkan pihak berkaitan agar tidak melakukan sebarang transaksi kewangan sekiranya mendapat ‘WhatsApp’ tersebut sekiranya belum mendapat pengesahan daripada kementerian itu. – BERNAMA

Kategori