Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Polis Sabar Diserang Wanita...

JAKARTA - 'Sabar itu istana iman'. Berkat kesabarannya, seorang anggota polis, Aiptu Sutisna,...

Imigresen Kedah Tahan 59...

ALOR SETAR - Imigresen Kedah menahan 59 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam...

Warga Emas Simbah Air...

MELAKA - Seorang warga emas ditahan kerana menyimbah air panas ke muka isterinya...

Wanita Malaysia Antara 41...

SINGAPURA - Seorang wanita Malaysia berusia 38 tahun merupakan antara 41 kes import...

Janji Pembangkang Umpama Tin Kosong – Kurup

PAGALUNGAN (Sabah) – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup mengingatkan rakyat agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang janji pembangkang yang disifatkannya seperti tin kosong.

Katanya dakyah pembangkang cuma bertujuan mempengaruhi fikiran rakyat supaya percaya kepada janji-janji mereka (pembangkang) yang tidak mungkin mampu ditunaikan disebabkan tidak memiliki kuasa pemerintahan.

“Apa yang pembangkang boleh lakukan ialah menabur janji kosong, memfitnah untuk tujuan menerbitkan ketakutan kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di Kampung Sigatal Pagalungan di sini hari ini.

Kampung Sigatal terletak kira-kira 140 kilometer dari Pekan Keningau dan untuk ke sana, perlu mengikut jalan darat sebelum menaiki bot selama 30 minit dari Pangkalan Salung.

Berbanding pembangkang, Kurup yang juga Anggota Parlimen kawasan Pensiangan berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan kepentingan rakyat di kawasan luar bandar sebagai keutamaan.

“Suara anda (rakyat) sentiasa didengar, malah apa yang sedang saya rancangkan ialah memastikan pembangunan kawasan ini (Kampung Pesisir Pensiangan) setanding dengan daerah-daerah yang sudah maju khususnya dari aspek kemudahan infrastruktur,” katanya.

Kurup berkata sepanjang menjadi Anggota Parlimen kawasan itu, beliau telah berusaha bersungguh- sungguh untuk memastikan rakyat yang tinggal di pelosok pedalaman tidak ketinggalan daripada pelbagai aspek pembangunan.


Katanya, beliau sentiasa berbincang dengan perdana menteri mengenai perkembangan keperluan-keperluan terkini melibatkan kemudahan asas seperti jalan raya serta pembangunan lain.

“… dan semua yang telah saya bincangkan kepada pihak atasan mendapat perhatian yang positif,” tambahnya.

Justeru, Kurup mengajak penduduk pedalaman agar sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup serta terus bersatu padu untuk memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada BN pada pilihan raya akan datang.

“Kawasan ini kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna yang boleh menjana pendapatan, terutamanya dalam sektor pelancongan … penduduk di sini kaya dengan banyak kelebihan.

Manfaatkanlah kelebihan yang ada dan jangan biarkan orang lain mengambil peluang itu,” katanya. – BERNAMA

Kategori