Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Mayat Lelaki Dikebumi Pakai...

KEGILAAN seorang lelaki terhadap kostum adiwira Green Lantern menyaksikan dirinyadipakaikan kostum berkenaan hinggalah selepas dia mati.Perkara...

Nenek Dan Cucu Rentung...

KUANTAN - Seorang nenek dan cucunya dijumpai rentung, manakala seorang lagi anggota keluarga...

England Dapat Sokongan Boikot...

PEMIMPIN negara England telah menyatakan keputusan untuk tidak hadir ke kejohanan bola sepak...

9 Lelaki Ditahan Berhubung...

KUALA LUMPUR - Polis menahan sembilan individu berhubung kes kecurian mesin bitcoin bernilai...

JBPM NS Kenal Pasti 3 Daerah Berisiko Banjir Kilat

NILAI – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan mengenal pasti tiga daerah di negeri ini yang berisiko dilanda banjir kilat khususnya ketika musim tengkujuh.

Pengarahnya Norazam Khamis berkata tiga daerah itu ialah Tampin, Kuala Pilah dan Seremban.

“Berdasarkan trend banjir di negeri ini kita mendapati banjir kilat sering berlaku ketika hujan tidak berhenti selama satu hingga dua jam sehingga menenggelamkan beberapa kawasan. Antara kawasan yang kita kenal pasti ialah seperti Air Kuning, Gemas dan Ampangan, Seremban.

“Jadi saya dah mengarahkan kepada semua pegawai dan anggota jika berlaku hujan lebat yang berterusan dan kawasan itu telah dikenal pasti sebagai kawasan banjir kilat, kita tidak perlu tunggu panggilan. Jentera perlu terus keluar untuk membuat rondaan dan tindakan bersama dengan kenderaan pengangkutan seperti lori. Itu strategi yang kita lakukan sekarang ini” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis tamat latihan Pegawai Bomba Bantuan JBPM Negeri Sembilan siri 2/2017 di Balai Bomba dan Penyelamat Nilai di sini, hari ini.


Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Johari Ahmad dan Penolong Pengarah (Operasi) Bomba negeri Ahmad Mukhlis Mokhtar.

Norazam juga berkata beliau telah memaklumkan kepada semua ketua balai supaya anggota mereka merancang cuti tahunan bagi menghadapi bencana banjir

Terdahulu, Norazam memeriksa perbarisan tamat latihan sejumlah 31 Pegawai Bomba Bantuan yang akan ditempatkan di Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh, Rembau, Tampin, Bahau, Jelebu dan Port Dickson. – BERNAMA

Kategori