Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Lelaki Bunuh 16 Wanita...

Bogota - Pihak berkuasa Colombia semalam berkata, ia mula menyiasat kematian kira-kira 16...

Kondominium Dalam Pembinaan Runtuh,...

KUALA LUMPUR - Sebahagian struktur kondominium yang sedang dalam pembinaan di Taman Desa, Jalan...

Impian Lelaki Mahu ‘Mati’...

SEORANG pemandu teksi yang memasang hajat untuk tidak diletakkan di dalam keranda sebaliknya...

Kasih Guru, Berkejar Jemput...

SEKEPING gambar ini mampu menceritakan segala-galanya, bagaimana kasihnya seorang guru kepada anak muridnya,...

Jepun Sekat Prestasi Baik Malaysia Pada Piala Asia

KUALA LUMPUR – Skuad hoki wanita negara gagal meneruskan prestasi baik pada Piala Asia 2017 apabila tumpas 0-2 kepada Jepun pada perlawanan suku akhir berlangsung di Stadium Hoki Gifu di Jepun, hari ini.

Pasukan kebangsaan yang juga dikenali sebagai Malaysian Tigress, menampilkan aksi sengit terhadap pasukan di ranking ke-11 dunia itu pada separuh masa pertama, menyaksikan kedua-dua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol.

Selepas permainan bersambung, pasukan tuan rumah mempamerkan permainan lebih agresif dan usaha mereka berhasil apabila menjaringkan dua gol pada suku keempat permainan.

Natsuha Matsumoto meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan pada minit ke-48 menerusi gol padang sebelum Ayane Hirahara melengkapkan kemenangan Jepun pada minit ke-59 dengan gol kedua, menurut laman Facebook Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).


Jepun akan berdepan India pada aksi separuh akhir esok, selepas pasukan ranking ke-12 dunia itu membelasah Kazakhstan 7-1 dalam satu lagi aksi suku akhir.

Malaysia akan bertemu Kazakhstan pada perlawanan penentuan tempat 5/8, Sabtu ini. – BERNAMA

Kategori