Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Muzik Video ‘Kill This...

BARU sahaja dilancarkan belum sampai 24 jam, klip video lagu terbaru Blackpink, “Kill...

Lelaki Maut Motosikal Bertembung...

TAWAU - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangya bertembung dengan sebuah kereta...

TMJ Tawar Khidmat Peguam...

JOHOR BAHRU : Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menawarkan khidmat peguamnya...

Najib Hadir Majlis Berbuka...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah...

Johor Komited Bina 100,000 Unit Rumah RMMJ

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Johor komited untuk membina 100,000 unit Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) menjelang tahun 2023.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ia merupakan tambahan 40,000 unit daripada sasaran asal sebanyak 60,000 unit menjelang tahun 2020 yang diumumkan sebelum ini.

“Hari ini, sukacita saya melaporkan bahawa sejak 2014 hingga Oktober tahun ini, sebanyak 16,010 unit RMMJ telah berjaya disiapkan. Ini bermakna, kita telah melepasi 27 peratus daripada sasaran tersebut dalam tempoh hanya tiga tahun,” katanya ketika membentangkan Bajet Johor 2018 di Dewan Undangan Negeri Johor di Kota Iskandar di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata agenda perumahan akan terus menjadi keutamaan besar kerajaan negeri sebagai kerajaan yang bertanggungjawab dan prihatin.

Beliau berkata Pasukan Petugas Perumahan Negeri Johor mengunjurkan unit RMMJ yang akan disiapkan adalah sebanyak 13,536 unit bagi tahun depan dan 30,993 menjelang tahun 2020.

Katanya, selain projek RMMJ, kerajaan negeri melalui anak syarikatnya, Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ) turut akan membina perumahan mampu milik bagi golongan pertengahan (M40) yang berharga di bawah RM300,000.

Menurutnya projek berkenaan akan melibatkan dua kawasan utama iaitu di Taman Pelangi Indah di Johor Bahru di atas kawasan seluas enam ekar yang merangkumi 280 unit rumah pangsapuri dan di Taman Rinting di Johor Bahru di kawasan seluas 2.4 hektar yang merangkumi 208 unit rumah pangsapuri.


Sementara itu, Mohamed Khaled berkata empat laluan baharu perkhidmatan Bas Muafakat Johor (BMJ) akan ditambah dengan peruntukan RM2.83 juta, susulan perkhidmatan bas percuma itu mendapat sambutan memberangsangkan sejak diperkenalkan April 2016.

Beliau berkata penambahan itu melibatkan satu laluan di Labis dekat Segamat dan tiga laluan di Pengerang dekat Kota Tinggi sekali gus menjadikan keseluruhan peruntukan bagi 51 laluan dengan 75 buah bas BMJ berjumlah RM23.15 juta.

Katanya inisiatif baharu iaitu pemberian Kad Muafakat Johor secara percuma kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas yang berdaftar juga akan dilaksanakan memandangkan sebelum ini, golongan itu dikenakan caj tahunan RM5 bagi membolehkan mereka menaiki bas itu secara percuma.

“Perkhidmatan BMJ juga akan diperluaskan kepada pelajar antarabangsa yang menuntut di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Johor. Bagaimanapun, mereka perlu membayar Kad Muafakat Johor dengan kadar RM120 setahun,” katanya.

Menurut Mohamed Khaled, sejak diperkenalkan pada 1 April 2016, BMJ telah menjadi antara strategi utama kerajaan negeri dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam serta membantu meringankan kos sara hidup rakyat dan sehingga kini, lebih 3.8 juta orang telah menggunakan perkhidmatan BMJ. – BERNAMA

Kategori