Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Penutupan Tourism: Pelancongan Melaka...

SEPANG - Penutupan pejabat Tourism Malaysia di Melaka tidak akan memberi kesan besar...

Polis Tahan 13 Lelaki...

NIBONG TEBAL - Polis menahan 13 lelaki atas pelbagai kesalahan dalam operasi pencegahan...

PBNJ Ambil Pengadil FIFA...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mendahului Persatuan Bola Sepak...

Tetap Kerja Keras Walaupun...

PUTRAJAYA - Jentera Barisan Nasional (BN) akan tetap bekerja keras untuk meraih kemenangan...

JPA Nafi Gaji Penjawat Awam Bakal 2 Kali Sebulan

PUTRAJAYA – Cerita desas-desus konon penjawat awam di seluruh negara bakal menerima gaji mereka sebanyak dua kali sebulan dalam tempoh terdekat rupa-rupanya adalah tidak benar.

Menurut laporan sebuah akhbar arus perdana hari ini, cadangan pelaksanaan sistem bayaran gaji baharu yang dijangka menggantikan amalan sedia ada itu kemungkinan besar melibatkan 13,000 kakitangan kerajaan di Brunei.

Perkara itu disahkan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Zainal Rahim Seman sambil merujuk skrin pada gambar yang disiarkan Mynewshub sebelum ini yang merupakan lambang rasmi Kementerian Kewangan Brunei.

Justeru beliau menyifatkan perkara itu tidak lebih hanya khabar angin, malah penjawat awam digesa mendapatkan sumber yang tepat untuk sebarang laporan melibatkan dasar dan pelaksanaan sistem penyampaian kerajaan.

“Gaji dua kali sebulan bukan di sini (Malaysia), itu adalah di Brunei jika lihat skrin di situ, saya tidak pernah dengar mengenai perkara ini. Untuk indahkan bahasa dan suasana kita jangan dengar sebarang khabar angin,” katanya.

Zainal Rahim berkata demikian sebagai mengulas laporan eksklusif Mynewshub mengenai ura-ura pembayaran gaji dua kali sebulan kepada semua penjawat awam yang dikatakan mungkin dilaksanakan dalam masa terdekat.

Baca: Eksklusif! Gaji Penjawat Awam Bakal 2 Kali Sebulan

Menurut maklumat diterima Mynewshub, langkah itu perlu bagi bantu penjawat awam menguruskan belanja harian individu dan aliran tunai isi rumah ekoran kesan daripada kenaikan bahan api yang semakin meningkat.


Untuk rekod, sistem itu pernah dicadangkan perdana menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan ia sepatutnya dilaksana mulai Ogos 2008 setelah diputuskan mesyuarat pasca Kabinet dengan pegawai tinggi kerajaan.

Malangnya, idea tersebut dibantah keras oleh Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) setelah mengadakan pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan sendiri ketika itu.

Dalam pada itu, Kementerian Kewangan menerusi laman Twitter berkata, maklumat tular menerusi media sosial tersebut membabitkan pelaksanaan rintis diumumkan Kementerian Kewangan Brunei mulai Januari 2018 depan.

Pada masa ini, amalan gaji dua bulan banyak dilakukan sektor swasta secara meluas dan ia untuk mengelakkan trend petugas sengaja berhenti kerja secara tiba-tiba tanpa makluman notis sebulan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

*Video arkib di bawah mengenai berita pengumuman pelaksanaan gaji dua kali sebulan pada 2008…

Kategori