Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Datuk Kasim Nyak Maon...

KUALA LUMPUR - Datuk Kasim Nyak Maon, penterjemah kepada bekas Perdana Menteri Tun...

Peminat Zayn Luah Kekecewaan...

PENGUMUMAN mengenai ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik menarik diri daripada menganggotai boyband...

Datuk Seri Tak Mengaku...

KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk Seri mengaku tidak bersalah di...

5,566 Kes Baharu COVID-19...

PUTRAJAYA - Sebanyak 5,566 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif...

JPJ N.Sembilan Lelong 60 Kenderaan Hari Ini

SEREMBAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan hari ini melelong 60 kenderaan yang tidak dituntut pemiliknya setelah disita atas pelbagai kesalahan.

Pengarah JPJ negeri Azrin Borhan berkata kenderaan yang dilelong ialah 55 motosikal, dua kereta dan lori serta sebuah van sehingga pihaknya berjaya mengumpul RM76,150 pada siri lelongan kedua untuk tahun ini.

“Lelongan ini dibuat selepas pemilik tidak menuntut kenderaan berkenaan yang disita dalam tempoh yang ditetapkan. Kenderaan ini telah dilucutkan hak melalui perintah mahkamah dan pembida yang berjaya akan memperoleh hak milik penuh ke atas kenderaan tersebut,” katanya pada sidang media di sini.

Katanya sebanyak 55 kenderaan yang dilelong itu boleh dilesenkan semula, manakala selebihnya iaitu dua lori dan tiga motosikal adalah skrap iaitu tidak boleh dilesenkan.

Seramai 55 pembida menyertai siri lelongan kali ini dan bidaan tertinggi membabitkan sebuah lori Isuzu (1997) yang bernilai RM9,800, manakala lelongan terendah adalah sebuah motosikal Yamaha Y80 (1983) bernilai RM200.


Azrin berkata sebanyak 50 kenderaan dilelong dalam siri lelongan pertama tahun ini pada 17 Mei lepas dan berjaya mengumpul RM55,550.

“Mengikut statistik, sejak 2013 hingga hari ini, kita berjaya melelong 428 kenderaan dengan kutipan berjumlah RM556,930. Untuk tempoh tersebut, kutipan paling tinggi ialah RM98,200 melibatkan lelongan 60 kenderaan pada 25 Mei 2016,” katanya. – BERNAMA

Kategori