Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Ramkarpal Minta SPRM Jangan...

KUALA LUMPUR - Kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa menteri-menteri Kabinet...

Peluang Rasmi Mesyuarat Perwakilan...

KUALA LUMPUR - Perubahan perasmian Perhimpunan Agung ketiga-tiga sayap UMNO, iaitu pergerakan Wanita,...

UMNO Telah Berubah

JOHOR BAHRU - Keputusan drastik YB. Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi (DAZH) yang...

Guru Wanita Maut 2...

SITIAWAN - Seorang guru wanita maut apabila kereta dipandunya dipercayai hilang kawalan dan...

Jumlah Mangsa Banjir P.Pinang Semakin Berkurang

GEORGE TOWN – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di dua pusat pemindahan di negeri ini berkurang kepada 4,729 orang setakat 7 malam ini berbanding 7,294 orang tengah hari tadi berikutan air semakin surut.

Jurucakap bilik gerakan banjir polis berkata daripada jumlah, sebanyak 3,789 orang daripada 980 keluarga ditempatkan di 36 pusat pemindahan di daerah Seberang Perai Utara (SPU) manakala 1,930 orang daripada 465 keluarga di daerah Seberang Perai Tengah.

Menurutnya, pusat pemindahan di daerah Seberang Perai Selatan, Barat Daya dan Timur Laut telah ditutup selepas semua mangsa pulang ke rumah masing-masing.

Jurucakap itu berkata hanya jalan di SPU iaitu Lahar Yooi-Padang Menora masih ditutup kepada lalu lintas.
Cuaca di Pulau Pinang hari ini cerah.


Hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air di antara 0.2 dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak Sabtu lepas yang turut menumbangkan puluhan pokok.

Hingga kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini telah meragut tujuh nyawa. – BERNAMA

Kategori