Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

405 Pelajar Terima Bantuan...

ASAJAYA - Seramai 405 pelajar Tingkatan Satu hingga Lima Sekolah Menengah Kebangsaan Sadong...

PRK Batu Sapi Pada...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Chong Wei Layak Ke...

KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menjadi wakil tunggal...

Berbuka Puasa: Makan Bajet...

MENGIMBAU semula berpuasa ketika di universiti, pelbagai cara digunakan untuk berjimat ketika bulan...

Jumlah Penduduk Malaysia Kini Cecah 32.2 Juta

PUTRAJAYA – Jumlah penduduk Malaysia mencecah 32.2 juta orang pada suku ketiga (Q3) (Julai hingga September) tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata berdasarkan statistik demografi bagi Q3 tahun ini, jumlah penduduk itu mencatatkan peningkatan 1.3 peratus berbanding 31.7 juta pada Q3 2016.

“Berdasarkan laporan itu, 129,500 kelahiran hidup dilaporkan pada Q3 tahun ini, berkurangan 0.3 peratus berbanding 129,900 pada Q3 2016.

“Secara purata, jumlah kelahiran hidup pada Q3 tahun ini adalah 43,200 sebulan,” katanya dalam kenyataan berhubung statistik demografi bagi suku ketiga 2017 yang dikeluarkan hari ini.


Mohd Uzir berkata sejumlah 40,700 kematian direkodkan pada Q3 tahun ini berbanding 40,900 yang direkodkan pada Q3 tahun lepas.
Secara purata, katanya, jumlah kematian pada Q3 tahun ini adalah 13, 600 sebulan,” katanya. – BERNAMA

Kategori