Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Penganggur Ditahan Tertidur Dalam...

JOHOR BAHRU - Seorang pengganggur yang tertidur setelah menceroboh rumah seorang warga emas...

Hentikan Segera Pembalakan Di...

KUALA LUMPUR - Hentikan serta merta aktiviti pembalakan di Kelantan!Mendesak demikian, Persatuan Anak-anak...

Tiada Sengketa Antara Saya...

PETALING JAYA: Penyanyi Hip Hop terkenal tanah air, Joe Flizzow, 44, menegaskan tidak...

PNS Perkenal Program VEST...

NILAI - Perbadanan Nasional Bhd (PNS) memperkenalkan program 'Varsity Entrepreneurship Skills & Talents'...

Jumpa 263 Syiling Dan Paku Dalam Perut

MENGEJUTKAN. Pakar bedah yang merawat seorang lelaki terkejut apabila menemui 263 syiling dan 100 paku dalam perut seorang lelaki yang mengadu mengalami kesakitan di bahagian abdomen sejak tiga bulan lalu.

Lelaki itu, Maksud Khan, 35, dimasukkan ke hospital di India dan selepas pemeriksaan dilakukan, doktor menemui syiling, paku, pisau cukur serta 7kg objek asing lain dalam badannya.

Susulan itu doktor terpaksa melakukan pembedahan dengan segera. Maksud dipercayai mengalami masalah mental dan dia tidak memaklumkan kepada rakan serta keluarganya mengenai tabiat pemakanan yang pelik ini.

“Pesakit ini mengadu sakit perut jadi kita melakukan endoscopy.Kami terkejut menemui objek asing ini,” kata doktor yang merawatnya, Dr. Priyank Sharma.


Maksud yang bekerja sebagai penarik beca akan menelan syiling yang diberikan oleh pelanggannya.

Selain itu dia juga dikatakan akan menelan syiling dengan air sekiranya mengalami tekanan.

Dia kini sudah keluar dari zon bahaya dan berjanji untuk tidak menelan objek asing itu lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori