Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

7 Termasuk Wanita Ditahan...

PETALING JAYA : Polis menahan tujuh individu termasuk wanita bagi membantu siasatan penemuan...

PH Perlu Dikalahkan Dalam...

KUALA LUMPUR - PAS menyifatkan terdapat pelbagai faktor mengapa Pakatan Harapan (PH) perlu...

Ude ‘Backup’ Izreen, Mahu...

APABILA sudah bercerai baru nak buka mulut... Tapi waktu masih bersama, diam seribu...

Rakyat Kedah Diminta Sokong...

ALOR SETAR - Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS) Kedah hari ini...

Kafe Harry Potter Curi Perhatian Netizen

JIKA hendak diikutkan sudah banyak kafe hipster yang dibuka di Malaysia. Tapi, jarang-jarang sekali kita dengar tentang kafe yang berkonsepkan book cafe.

Baru-baru ini, sebuah book cafe yang diberi nama Hedwig Books & Cafe telah dibuka di Kota Bharu, Kelantan.

Apa yang membuatkan kafe ini lain daripada yang lain ialah ianya bertemakan watak Harry Potter serta rakan-rakannya yang bersekolah di Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry.

Pasti peminat-peminat novel dan filem bersiri fantasi itu tentu teruja jika melihat rekaan dalaman kafe ini!

Mana tidaknya, boleh dikatakan majoriti rekaannya seakan-akan sama dalam filem tersebut. Bahkan dindingnya pun dihias dengan mural Platform 9 3/4 di London Underground.

Pemiliknya, Puan Raiha mengakui atas minatnya terhadap watak itu, dia mengambil keputusan untuk membuka kafe tersebut.

“Saya memilih stail kafe perpustakaan klasik, jadi idea tema Harry Potter yang muncul.

“Semua orang tahu Harry Potter. Jadi, saya melakukan kaji selidik. Saya bertekad untuk memilih tema itu,” katanya dipetik Vulcan Post.


Idea konsep book cafe itu pula diambil daripada beberapa book cafe yang terdapat di San Diego, California sewaktu Raiha melanjutkan pelajaran di sana.

Melaburkan RM200,000 sebagai modal untuk membuka book cafe ini, sudah pasti adanya cabaran untuk mengekalkan perniagaannya itu. Tambahan pula, Raiha membuka kafe ini kerana ingin memupuk semangat membaca yang semakin pupus kini.

“Cabaran saya ialah untuk memupuk semangat membaca dalam era teknologi yang serba canggih kini.

“Memandangkan saya seorang pendidik suatu masa dulu, saya merasakan ini adalah isu besar. Kanak-kanak sekarang kurang membaca.

“Rancangan saya adalah untuk memupuk amalan membaca, menggalakkan mereka datang ke kafe ini dan membaca,” katanya.

Disebabkan niatnya itu juga, Raiha meletakkan koleksi buku peibadinya di satu sudut di kafenya. Buku itu juga dari pelbagai genre dan Raiha turut memiliki koleksi novel Harry Potter dalam Bahasa Inggeris juga Bahasa Melayu.

Dalam pada itu, dia juga turut bercadang untuk membuka beberapa cawangan di seluruh negara. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori