Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Proses Pembenihan Awan Di...

SEREMBAN - Orang ramai di negeri ini diminta terus mengamalkan penggunaan air bersih...

Gempa Bumi Sederhana Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda Jawa,...

KKM Pertimbang Guna Favipiravir...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempertimbang penggunaan ubat antiviral Favipiravir bagi merawat pesakit...

MAHA 2018 Lanjut Masa...

SERDANG - Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2018 (MAHA 2018) melanjutkan...

“Kalau Marhaen Kau Dok Suruh Restart Modem”

“BEZA pangkat dan darjat”, demikian tweet netizen yang kesal diberi layanan tidak sama rata diberikan oleh sebuah syarikat penyedia perkhidmatan internet (ISP) tersohor di Malaysia.

Tweet yang dimuat naik oleh individu bernama Amy Medusa itu kini telah tular apabila dikicau semula lebih 14,000 kali dan mengundang pelbagai reaksi netizen.

Berdasarkan dua gambar yang dimuat naik, gambar pertama menunjukkan Amy menghubungi pihak TM Connects yang bertanya mengapa perkhidmatan internet di rumahnya perlahan daripada sepatutnya.

Pihak TM Connects kemudian membalas tweet itu dengan sekadar berkata, Hi. You dah cuba restart modem/router?”

Manakala pada gambar kedua pula menunjukkan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli juga bertanyakan soalan yang hampir sama dan tweetnya dibalas oleh TM Connects:

“Selamat tengahari YB. Boleh kami dapatkan waktu yang sesuai untuk juruteknik kami datang di premis YB semasa weekdays bagi menjalankan siasatan lanjut?”

Tweet balas daripada TM Connects itu mengejutkan netizen terutamanya pengguna perkhidmatan syarikat itu di mana pihak berkenaan ternyata ‘pilih bulu’ kepada Ahli Parlimen Pandan itu.

Ini berbanding pengguna lain yang selama ini hanya ditanya secara ringkas, “Sila DM kami” atau “Hi, You dah cuba restart modem/router”.


“Wow! Tak pernah lagi nampak @TMConnects offer hantar technician kepada pengguna lain,” kata @Ibrahim_aFuad yang kesal layanan yang diberikan itu bersifat ‘double standard‘.

“Kalau YB yang request, teruih hantar technician. Duit bayaq bill kami rakyat biasa nih tak sama ker macam duit YB?” soal Muhammad.

“Kena jadi YB la gini kalau nak UNIFI hantar technician terus. Kalau kau rakyat biasa, tunggu sajalah ayat “Isu ini masih dalam tindakan kami,” kata Muhammad Izzwan.

Ekoran itu, netizen menuntut penjelasan daripada pihak TM dan ingin mengetahui SOP pihak berkenaan dalam menguruskan aduan penggunanya.

Semoga pihak TM dapat memberikan penjelasan tuntas secepat mungkin kerana apa yang berlaku, jelas sekali tidak sepatutnya berlaku. – MYNEWSHUB.CC

Kategori