NAMA, Wany Hasrita mungkin tidak asing lagi dalam kalangan peminat seni tanah air.
Penyanyi kelahiran FMC Music ini berjaya memukau perhatian orang ramai dengan singleĀ bertajuk Menahan Rindu.
Dalam pada meraih popularity sebagai penyanyi, siapa sangka anak jati kelahiran Selangor ini sering ‘disakat’ dan ‘diusik’ ramai jejaka di luar sana.
Aii dik? Dah ada yang usik-usik tu, mungkin ada antaranya yang betul-betul nak menyuntingā¦ Hehehe…
Sering dihujani dengan pick up line, pemilik nama sebenar Nurshazwany Hasrita Hasbullah ini berharap jejaka yang menaruh hati padanya agar bersikap lebih serius.
Menurut sumber, penyanyi ini yang juga merupakan salah seorang finalist Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) berharap agar mana-mana individu yang berkenaan diharap terus berjumpa sendiri dengan ibunya, Norita Jaafar.
Tambahan pula, pada usianya yang kini sudah 25 tahun boleh dikatakan sudah cukup sesuai untuk berumah tangga.
āRamai saja yang memberi kata pikat tetapi saya rasa mereka tidak serius. Kalau serius, jumpa terus dengan ibu saya.
āSebab saya tidak tahu mereka serius atau tidak jika didekati sebegitu. Nak kata muda, saya sudah 25 tahun.
āTetapi memang betul sekarang saya tengah sibuk jadi saya tidak fikir buat masa ini,ā katanya dipetik Malay Mail Online.
Sementara itu, Wany turut berkata walaupun raganya kini sibuk dengan pelbagai urusan namun dia sama sekali tidak melupakan hasratnya untuk bergelarĀ pensyarah.
Malah, hasrat itu bakal direalisasi graduan Management & ScienceĀ UniversityĀ (MSU) ini apabila tiba masanya nanti.
āMemang perancangan saya untuk sambung sarjana dalam pendidikan supaya saya boleh jadi pensyarah dalam bidang perubatan.
āTetapi saya masih lagi mencari masa yang sesuai untuk saya sambung sebab takut saya tidak dapat memberi komitmen,ā ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Wany juga dalam proses menghasilkan mini album selepas semua lagu yang dirakam berjaya diterbitkan tidak lama lagi.
āSaya sudah pun merakamkan dua lagi lagu iaitu satu lagu tradisi Ewah Ewah hasil ciptaan Pak Ngah dan satu lagi daripada komposer Singapura.
āAda juga lagu duet bersama Tajul tetapi lambat lagi akan diterbitkan. Saya juga akan mengeluarkan album mini yang memuatkan semua lagu tersebut,ā jelasnya.
Haaaā¦ Dengar tu, kalau nakĀ ‘tackle’ wany kena terus direct ibu yeā¦ Maklumlah, kita ni bukan berkahwin dengan anaknya sahaja, tetapiĀ turut dengan seluruh ahli keluarga! Ingat tu!Ā āĀ MYNEWSHUB.CC/AM