Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mahalnya Rumah Di Bandar...

HONG KONG menjadi bandar paling mahal di dunia bagi mereka yang ingin membeli...

Suntikan Vitamin C Banyak...

KEBANYAKAN wanita ingin mempunyai kulit yang putih. Bagi golongan ini, kulit putih dianggap...

PAS Saran Kaji Semula...

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyarankan kerajaan mengkaji semula sistem...

Parti Amanah Kata Rakyat...

KUALA LUMPUR - Gara-gara gagal memenangi sebarang kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)...

“Kami Telah Tunjukkan Mengapa JDT Juara”

KUALA LUMPUR – “Kami telah tunjukkan kepada semua mengapa Johor Darul Ta’zim (JDT) meraikan kejuaraan Liga Super.”

Demikian komen Ketua Jurulatih Kelab Bola Sepak JDT, Ulisses Morais mengenai kejayaan pasukannya menjuarai Piala Malaysia malam tadi.

Menurut beliau, JDT berhak menyambut kenangan manis itu kerana pasukan itu bermain dengan sangat baik sepanjang perlawanan.

Kami sangat gembira kerana berjaya menghadiahkan trofi ini kepada ‘Boss’ kami iaitu Tunku Mahkota Johor.

“Baginda layak menerima trofi ini kerana baginda telah bekerja keras untuk kelab ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

JDT menjulang Piala Malaysia 2017 selepas menumbangkan Kedah dengan jaringan 2-0 dalam aksi penuh mendebarkan di Stadium Shah Alam, Selangor malam tadi.

Morais berkata, beliau sedar ramai penyokong JDT hairan melihat kesebelasan utama pasukan itu pada perlawanan semalam.


Kata beliau, ia kerana JDT mempunyai seramai 27 orang pemain dan sesiapa sahaja boleh bermain untuk kesebelasan utama.

Sementara itu, laman Facebook rasmi JDT memaklumkan para pemain, pegawai serta barisan kejurulatihan JDT akan diarak dengan menaiki bas bermula pukul 7 petang hari ini bagi meraikan kemenangan itu.

Bas itu akan melalui Plaza Tol Skudai, Lebuhraya Skudai-Johor Bahru, Kawasan hadapan Istana Bukit Serene, Tepian Pantai Lido sebelum tiba di Dataran Bandaraya Johor Bahru.

“Mini karnival, persembahan artis ternama dan pertunjukan bunga api secara besar-besaran turut akan diadakan bagi memeriahkan lagi suasana sambutan,” kata laman Facebook itu. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • JDT

Kategori