JOHOR BAHRU- Seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun maut, setelah terjun daripada tingkat sembilan sebuah pangsapuri di Taman Tampoi Indah, di sini.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, insiden berkenaan dipercayai berlaku selepas ibunya memarahinya kerana membuat bising di rumah mereka.
“Siasatan awal menunjukkab bahawa oleh sebab aduan daripadanya ibunya, mangsa mengunci dirinya dalam bilik sebelum terjun melalui tingkap pangsapuri yang berlokasi di Jalan Skudai Lama, di sini,” katanya melalui sebuah kenyataan pada Sabtu (25 Nov).
Beliau menambah bahawa mangsa telah mengalami kecederaan kritikal di bahagian kepala dalam kejadian yang berlaku pada jam 2.30 petang, Jumaat lalu (24 Nov).
Kata Mohd Taib lagi, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara siasatan lanjut dijalankan.-MYNEWSHUB.CC/SK