Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Lepas Johor, Kini Terengganu...

SELEPAS kejayaan merampas berus cat disyaki daripada bulu babi di Johor, Kementerian Perdangangan...

DBKL Audit Semula Laluan...

KUALA LUMPUR — Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengaudit semula laluan basikal...

Rahsia Muka Ketua Menteri...

TAHUN lalu, MYNEWSHUB pernah menyiarkan kisah seorang ahli politik India, Pinarayi Vijayan yang...

MINI Hasilkan Kereta Model...

NEW YORK - Bayerische Motoren Werke (BMW) Group mengadakan kejutan dengan melancarkan model...

“Kau Mabuk Ke Masa Pasang Tu” – Papan Iklan Terbalik

SEJAK semalam, tular di laman sosial gambar papan iklan produk yang dipasang secara terbalik sehingga mengundang tanda tanya netizen.

Gambar-gambar papan iklan tersebut diambil oleh pengguna lebuh raya di sekitar Lembah Klang dan kemudian dimuat naik di laman sosial hingga menjadi tular.

Melaluinya, dapat diperhatikan figura separuh seorang lelaki berbaju Melayu bersongkok sambil memegang produk.

Keadaan itu menyebabkan ramai netizen membuat pelbagai andaian. Malah, ada yang menyangkakan ia secara tidak sengaja dipasang terbalik.

“Kau mabuk ke masa pasang banner tu,” kata seorang netizen.

Namun andaian itu meleset kerana bukan hanya satu tetapi iklan tersebut juga dipasang secara terbalik di beberapa buah jalan lagi di sekitar Lembah Klang.


Justeru, rata-rata netizen mula berpendapat ia hanyalah strategi pemasaran. Maklumlah apabila sesuatu perkara itu dibuat secara luar biasa atau pelik lagi di luar kotak, ia mudah mendapat perhatian.

Kalau benarlah seperti yang dijangka syarikat produk tersebut memang bijak dalam merancang strategi.

Mana tidaknya, kerana iklan terbalik itulah ia terus menjadi tular dan hasilnya, produk mereka lebih dikenali.

Apa-pun, tindakan menebalikkan papan iklan itu dikhuatiri boleh membahayakan pengguna lebuh raya kerana leka melihatnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori