Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Zul Paling Serasi, Farah...

SEBAGAI pendatang muda yang namanya baru dikenali menerusi drama popular Titian Cinta, membuatkan...

11 OKU Sertai Cabaran...

IPOH - Sebanyak 11 peserta Orang Kurang Upaya (OKU) yang menjayakan cabaran ekspedisi...

“Haramkan Pokemon GO” –...

BARU beberapa hari dilancarkan, permainan Pokemon Go sudah berjaya mencetuskan fenomena luar biasa...

ASEAN Perlu Bekerjasama Bendung...

BANGKOK - Negara anggota ASEAN perlu berkongsi maklumat di samping meningkatkan jalinan kerjasama...

Kawasan Perumahan Baharu Di Tanjung Bunga Selamat

GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memberi jaminan kawasan perumahan baharu di Beverly Hills, Tanjung Bungah di sini adalah selamat.

Pengarah Kejuruteraan Jabatan Kejuruteraan MBPP Addnan Mohd Razali berkata lubang benam yang dapat dilihat dengan jelas apabila jalan menuju ke kawasan perumahan baharu itu runtuh awal pagi Ahad lepas akibat hujan lebat berterusan, tidak menjejaskan penduduk di kawasan sekitar kerana kawasan itu belum dibuka kepada orang awam.

“Pihak kami sudah meminta pemaju untuk membuat pemeriksaan dan kami minta perunding projek untuk melihat apa yang terjadi. Kami minta mereka memberhentikan kerja buat sementara bagi memberi laluan untuk mereka menjalankan kerja-kerja mitigasi dan melihat apa yang runtuh.

“Kawasan perumahan itu pun belum dibuka kepada orang ramai…OC (sijil layak menduduki) pun tiada lagi. Pihak kami beri jaminan kawasan ini selamat kerana ia terletak di kawasan paling hujung,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Penduduk yang tinggal berhampiran dengan lubang benam yang besar di Tanjung Bungah itu melahirkan kebimbangan dengan keselamatan mereka dan kesannya terhadap harta benda mereka.

Lubang benam itu dapat dilihat dengan jelas selepas jalan menuju ke kawasan perumahan baharu di Beverly Hills runtuh awal pagi Ahad lalu akibat hujan lebat berterusan pada Sabtu lepas.


Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bersama Kondominium Surin, Jasmand Ng berkata penduduk bimbang dengan keselamatan mereka selepas kemunculan lubang benam di depan projek perumahan yang baru siap itu.

Hampir keseluruhan kawasan di Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air di antara 0.2 meter dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak Sabtu lepas yang turut menumbangkan puluhan pokok.

Hingga kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini telah meragut tujuh nyawa. – BERNAMA

Kategori