Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Pintu Kereta Diumpil, Peniaga...

TELUK INTAN - Seorang peniaga kerugian RM40,000 apabila pintu kenderaan miliknya diumpil pencuri yang kemudian melarikan...

Prasarana Mula Ambil Alih...

KUALA LUMPUR - Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) secara rasmi mula mengambil alih operasi...

Bas, Motosikal Tak Dibenar...

PERKHIDMATAN bas ekspres dan motosikal tidak dibenarkan digunakan sebagai kenderaan perjalanan rentas negeri...

PRN Sabah: KKM Rayu...

PUTRAJAYA - Menjelang pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Sabtu ini, semua pihak...

Kedah Negeri Tertinggi Catat Kes Kecurian Kabel

ALOR SETAR – Kedah merupakan negeri tertinggi di negara ini yang mencatatkan kes kecurian kabel dengan daerah Sungai Petani merekodkan jumlah paling tinggi, sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah diberitahu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi, dan Sumber Tenaga Manusia negeri, Datuk Norsabrina Mohd Noor berkata sehingga Oktober lepas, pihak Telekom memperuntukkan RM8.1 juta untuk kerja baik pulih perkhidmatan disebabkan kecurian kabel.

Beliau berkata sehubungan itu, kerajaan negeri telah membuat perbincangan bersama semua agensi terlibat dengan perlu tindakan penguatkuasaan lebih luar biasa bersama polis bagi mengatasi permasalahan berkenaan.

“…dan meletakkan sasaran serta KPI (Petunjuk Prestasi Utama) mengikut daerah,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbelanjaan Negeri 2018 pada Persidangan DUN di sini.

Sementara itu, Norsabrina berkata kerajaan negeri berusaha mengambil inisiatif menjadikan Kedah sebagai Hab Pusat Data di utara negara ini dan ia selaras dengan kewujudan Pusat Data Sektor Awam yang akan diwujudkan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) tahun depan.

Beliau berkata antara fungsi dan perkhidmatan yang akan ditawarkan adalah menyediakan amalan terbaik dan kaedah mengurus serta mengelola Data Besar selain mengurus data pelancong yang datang ke negeri ini untuk menjamin lawatan ulangan ke lokasi tumpuan seperti Langkawi.


Dalam pada itu, katanya selaras dengan kelengkapan dan infrastruktur kelas pertama yang mencukupi di KHTP dan Langkawi, kerajaan negeri berhasrat untuk merealisasikan negeri ini sebagai negeri pintar (Kedah Smart State).

“‘Pintar’ dari segi pentadbiran, ekonomi, prasarana, keselamatan dan masyarakat awam dengan memanfaatkan penguasaan dalam teknologi maklumat serta penggunaan teknologi digital. Penggunaan aplikasi digital bagi memudahkan penyaluran teknologi secara interaktif,” katanya. – BERNAMA

Kategori