Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Badruddin Pertahan Pengerusi Tetap...

KUALA LUMPUR : Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruddin mempertahan jawatan, selepas...

Lebih Banyak EEV Di...

PETALING JAYA - Lebih ramai rakyat Malaysia akan menerima konsep Kenderaan Cekap Tenaga...

Kejayaan Adam Tawan Kem...

SEPANG - Kejayaan Azrulkhan Hasrullah yang menjadi pendaki kudung kedua-dua kaki pertama dari...

8 Keldai Dadah Ditahan...

SHAH ALAM - Polis berjaya mematahkan cubaan lapan lelaki warga tempatan menyeludup keluar...

Kelab GMM Diperluas Ke IPT Tempatan, Luar Negara

PUTRAJAYA – Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) akan memperluaskan Kelab GMM di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara.

Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif GMM, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa berkata Kelab GMM telah ditubuhkan di sebuah universiti awam di Jordan tahun lalu manakala di Amerika Syarikat masih dalam perancangan.

Katanya penubuhan kelab sedemikian akan dapat mengetengahkan potensi generasi muda dan idea kreatif yang berimpak tinggi, kos murah dan boleh dilaksanakan dengan kadar segera.

“Menyedari ramai para pelajar IPT ingin bersama GMM untuk terlibat secara aktif dalam gerakan kesedarhaan, kita mahu memperluaskan penubuhan kelab GMM diseluruh IPT.

“Secara tidak langsung, usaha sebegini dapat mendedahkan pendekatan kesederhanaan kepada generasi belia sejak lebih awal lagi,” katanya pada Majlis Makan Malam Bersama Kelab Media Putrajaya di sini malam tadi.


Sementara itu, Nasharudin berhasrat untuk menganjurkan program dengan memanggil para pendakwah berpengalaman dari luar negara untuk berkongsi pengalaman mereka tentang cara penyampaian ceramah agama dengan terbaik dan mudah difahami.

Nasharudin juga berkata GMM merancang membuka laman sesawang baharu pertubuhan itu serta melancarkan dua buku, antaranya Himpunan Ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai Wasatiyyah. – BERNAMA

Kategori