Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Farah Amalina Cipta Rekod...

KUCHING - Atlet memanah Kedah Farah Amalina Azhar mencipta rekod baharu kebangsaan acara...

Draf Akta Berita Palsu...

CYBERJAYA - Draf akhir akta baharu berhubung menangani penularan berita palsu belum dibentangkan...

Suami Kena Serangan Jantung,...

SEMALAM, suami kepada pelakon Amyza Aznan dikatakan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi...

Andy Anggap Konsert Percuma...

PETALING JAYA - Vokalis kumpulan Flop Poppy iaitu Andy, menganggap konsert-konsert percuma yang...

Kemas Terap Kepentingan Institusi Diraja Di Tabika

BERA – Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan menerapkan kepentingan Institusi Diraja, aspek nilai murni dan pengajaran pendidikan Islam serta moral di 11,216 Taman Bimbingan Kanak- kanak (Tabika) di bawah kendaliannya di seluruh negara, tahun depan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kemas merupakan institusi pendidikan pertama yang menerapkan kepentingan Institusi Diraja dalam sukatan pelajaran dalam usaha memperkasakannya dari peringkat awal pendidikan.

Katanya, inisiatif memasukkan kepentingan Institusi Diraja dalam subjek patriotisme bertujuan supaya kanak kanak menerima pendidikan dengan baik untuk menghormati institusi itu serta mempunyai asas keagamaan yang cukup sebagai bekalan apabila dewasa.

“Anak-anak muda hari ini sudah semakin tidak menghormati raja sehingga ada yang tergamak mengeluarkan kenyataan atau menggunakan ayat tidak sopan dalam media sosial dan sebagainya.

Ini yang perlu kita tangani dengan memberi pendedahkan kepada mereka dengan kepentingan Institusi Diraja sejak kecil,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Kanak-Kanak Tabika Kemas dan Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) Permata Kemas Parlimen Bera di Dewan Ibu Pejabat Polis Bera di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Kemas Datuk Amiruddin Ariffin dan Pengarah Kemas Pahang Ahmad Fakhrul Azman Muhammad Radzi.

Ismail Sabri yang juga Anggota Parlimen Bera berkata 220,000 murid Tabika di 11,216 Tabika Kemas seluruh negara akan memperoleh manfaat daripada perubahan itu yang dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran patriotisme.


Beliau berkata perkara itu juga selari dengan titah Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada konvokesyen Universiti Kuala Lumpur (UniKL) baru-baru ini yang mahu golongan muda didedahkan dengan kepentingan Institusi Diraja pada peringkat awal.

Ismail Sabri menambah penekanan dalam aspek nilai murni dan pendidikan agama pula penting kerana masalah gejala sosial yang semakin membimbangkan dalam kalangan anak muda.

Selain itu, beliau juga memberi jaminan bahawa kementerian sentiasa memastikan proses pengajaran dan pembelajaran di tabika Kemas sentiasa relevan dan mengikut keperluan semasa. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • KEMAS

Kategori