Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Keluarga Mohon Bawa Pulang...

KUCHING - Ibu kepada enam anak, Zunita Sedini merayu bantuan kerajaan untuk membawa...

Cuti Umum Tambahan Perayaan...

Kerajaan akan mengumumkan tambahan cuti kelepasan am bergantung pada tarikh 1 Syawal bermula,...

Disalah Anggap Pengganas, 8...

LAPAN pelancong Mexico 'mati katak' apabila mereka telah disalah sangka sebagai pengganas oleh...

Bomba Ambil Masa 10...

IPOH - Pasukan bomba mengambil masa hampir 10 jam untuk mengawal dan memadamkan...

Kena Belasah 1-4: Hamidin Ada Tak Kisah Rahsia?

KERAPKALI rasa menyampah membaca berita ‘orang kuat’ Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Tukang kipas dan kaki ampu bersepah dalam persatuan itu.

Budaya bodek menampakkan FAM sangat desparado bagi mencari sumber cerita demi menaikkan imej diri dan pemimpinnya.

Semalam bukan main sakan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin jaja kisah konon Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim ada sentuhan sulit atas kejayaan skuad B-16, B-18 dan B 22 hingga layak ke pusingan akhir Piala Asia.

Kata Hamidin, banyak pihak tidak mengetahui peranan penting yang dimainkan Tunku Mahkota Johor (TMJ) dalam badan induk berkenaan.

Hamidin berkata, pencapaian itu adalah kejayaan besar buat FAM selaku badan pengelola bola sepak di negara ini.

“Antara faktor sumber kejayaan ini ialah sentuhan TMJ yang tidak diketahui orang luar.

“Kita boleh tengok semangat dan dorongan TMJ termasuk pemberian bonus dan sebagainya membawa kejayaan skuad B-23, B-19, B-16 dan skuad futsal negara.

“Kita lihat kejayaan skuad B-16, walaupun kita mengesahkan slot sebagai tuan rumah, tapi kita tetap layak secara merit dari segi pungutan mata pada pusingan kelayakan,” katanya yang menyertai skuad kebangsaan di Buriram, Thailand.

Malam tadi, skuad kebangsaan kena belasah 1-4 di tangan Korea Utara dalam perlawanan keempat peringkat kumpulan. Kekalahan ketiga dan kekal tercorot dengan 1 mata saja hasil seri menentang Hong Kong.

Isnin ini, skuad kebangsaan akan bertemu Korea Utara sekali lagi bagi melengkapkan perlawanan timbal-balik di lokasi berkecuali.

Kalau menang banyak cerita. Kalau kalah, pasti akan ada lebih banyak ceritalah juga sepatutnya. Cuma janganlah kalah, ceritanya dihala ke lain pula.

Hamidin menghabiskan banyak masanya sebagai Setiausaha Agung sebagai tukang cerita kehebatan Presiden FAM. Barang kali, antara KPI utama kerjayanya sekarang.


Cuma nasihat saja: Bola sepak bukan sukan angkat bakul. Ia bukan sukan, dimana kita kena suap peminat untuk mempercayai sesuatu. Atau memaksa pengiktirafan. Bola sepak ialah sukan ‘result oriented’.

Buat kerja bagi betul. FAM kalau banyak berkokok pun orang menyampahlah. Skuad bawah umur bukan tumpuan utama. Bola sepak di Mongolia dan Bhutan pun, peminat sana tetap mahukan pencapaian skuad utama negara mereka mencipta kejayaan.

Apa kejadahnya kejayaan skuad bawah umur kalau skuad utama asyik jadi pasukan belasahan!

Sudah-sudahlah Hamidin. Kita sama-sama pernah jadi penyokong tegar di Stadium Merdeka. Kita tidak buta soal bola sepak. Jangan kerana Bos, kita tiba-tiba jadi buta dan sengaja tidak mahu memahami perasaan peminat.

Jaga-jaga. Kalau Isnin ini kalah teruk lagi dan perlawanan terakhir kumpulan melawan Lebanon pun kalah juga, kejayaan skuad bawah umur takkan jadi penyelamat pada ranking 175 Terbaik Dunia Skuad Utama.

Dengar kata di Bangkok semalam, peminat mengamuk sakan. Kalah lagi sekali Isnin ini, main selutlah FAM.

Bro Hamidin! Sudah-sudahlah dengan kisah hebat Presiden. Anda Setiausaha Agung FAM. Bukan jurucakap artis hiburan.

Maka, jagalah maruah anda sebagai Setiausaha Agung.

Kategori