Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

2 Maut Termasuk Wanita...

NILAI - Seorang wanita hamil 8 bulan antara dua yang maut dalam kemalangan...

45 Maut Dalam Nahas...

SOFIA: Sekurang-kurangnya 45 orang terkorban dalam nahas jalan raya melibatkan sebuah bas di...

Mujahid Minta Jangan Sensasikan...

PARIT BUNTAR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa...

Mahdzir Sangkal Dakwaan Terima...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini menyangkal...

Kena Sindir Dengan Netizen, Ini Respon Balas Uqasha…

NAMA pelakon cantik, Uqasha Senrose kini kembali menjadi tatapan serta topik hangat dalam kalangan netizen.

Hari demi hari, ada sahaja tingkah laku dan aktiviti pelakon ini yang boleh dijadikan sebagai ‘modal’ bercerita.

Tidak seperti adik-beradik yang lain iaitu Nelydia dan Ryasha, pelakon berusia 25 tahun ini dilihat lebih menjadi tumpuan sejak dia kembali freehair selepas tiga tahun bertudung.

Uqasha Nafi Bercinta Dengan Hefny Sahad

Tindakan itu mendapat kecaman hebat daripada masyarakat yang rata-rata mendakwa pelakon ini dilihat seolah -olah masih belum matang dan mempersendakan agama.

Terbaharu, Uqasha sekali lagi jadi buah mulut apabila viral di laman sosial gambar aktres ini tampil berpakaian ‘jolok mata’ ketika menghadiri acara berprestij, Anugerah Skrin 2017 pada malam Jumaat.

BACA : Macam Kain Langsir, Baju Uqasha Jadi ‘Bahan’ Netizen

Tidak berdiam diri, Uqasha menerusi salah satu posting di laman Instagram miliknya dilihat seakan-akan tidak mengambil kisah dengan apa tohmahan yang dilemparkan orang sekeliling.


Tidak mudah melatah dengan perkara sedemikian, Nik Zaris Uqasha Nik Sen yang mesra disapa dengan panggilan Uqasha berkata, terserah apa orang nak kata yang penting dia bahagia.

Kata la nak kata apa pun GEMUK ke BURUK ke as long as I’m HAPPY !

A post shared by UQASHASENROSE (@uqashasenrose2) on

“Kata la nak kata apa pun GEMUK ke BURUK ke as long as I’m HAPPY!,” ujarnya menerusi posting berkenaan.

Berdasarkan tinjauan kami, posting yang mendapat lebih daripada 70,000 likes itu tidak menerima sebarang reaksi daripada netizen berikutan pelakon ini telah menutup ruangan komen di laman Instagram.

BACA : Setahun Lebih Bercinta, Uqasha Akui Bakal Bertunang

Hmmm… Kalau dah namanya artis dan dikenali ramai pula, pasti tak terlepas daripada kontroversi kan? Tak gitu? Sabar je lah ye… –  MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori