Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Jokowi Perkenal Kabinet Baru...

JAKARTA – Presiden Indonesia yang baharu, Joko Widodo memperkenalkan Kabinetnya semalam termasuk menteri...

Bila Jururawat Bengang Pekerja...

KERJAYA sebagai jururawat sememangnya menuntut kesabaran yang amat tinggi apatah lagi terpaksa berhadapan...

Isteri Buat ‘Muka’ Suami...

PERKHIDMATAN perkongsian kereta, Grab dan Uber, kini menjadi satu trend baharu anak muda...

Indeks Inovasi & Kreativiti...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mewujudkan...

Kendall Jenner Peroleh Pendapatan Tertinggi

KENDALL Jenner berjaya menewaskan supermodel Gisele sebagai model yang menerima bayaran paling tinggi di dunia untuk pertama kalinya dalam tempoh 15 tahun.

Ratu peragaan dan bintang realiti Keeping Up With The Kardashian itu memperolehi RM90 juta dalam masa setahun dan berada dalam senarai Forbes.

Sementara Gisele, 37, berada di kedudukan kedua dengan memperolehi pendapatan RM72 juta bagi tempoh yang sama dan untuk pertama kalinya beliau tidak berada di carta kedudukan teratas sejak 2002.

Manakala tempat ketiga pula adalah Chrissy Teigen, 31, yang pertama kali berada dalam senarai dengan pendapatan RM55.3 juta bagi tempoh 12 bulan.

Turut berada dalam senarai adalah adik beradik Gigi, 22, dan Bella Hadid, 21, yang masing-masing di kedudukan kelima dan kesembilan dengan menghasilkan pendapatan sebanyak RM39 juta dan RM24 juta.

Bella merupakan model paling muda berada dalam senarai Forbes. Bagi model berisi pula, Ashley Graham, 30, buat pertama kali berada dalam senarai dengan kedudukan ke-10 selepas mendapat RM22 juta hasil menjadi model untuk pakaian dalam dan renang.


Model dari China pula, Liu Wen, 29, turut berada dalam senarai Forbes dengan menduduki tangga ke lapan dengan pendapatan RM26 juta. Liu satu-satunya model bukan kulit putih yang berada dalam senarai Forbes.

Lain-lain adalah model Adriana Lima, Rosie Huntington-Whiteley dan Karlie Kloss.

Semua 10 model yang berada di kedudukan pertama hingga ke 10 ini menghasilkan pendapatan lebih RM400 juta antara Jun 1 2016 hingga 1 Jun 2017. – MYNEWSHUB.CC

Kategori