Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Hukuman Mati Ke Atas...

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) tidak bersetuju dengan bantahan dibuat Suruhanjaya Hak Asasi...

Aidilfitri: Syarikat Diminta Tambah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan meminta syarikat-syarikat penerbangan menambah bilangan penerbangan domestik khususnya...

Kakitangan TNB Direman 3...

SEREMBAN - Seorang kakitangan Tenaga Nasional Bhd (TNB) direman selama tiga hari bermula...

1MDB: Kabinet Sepakat Biar...

PUTRAJAYA - Kabinet mengambil pendirian bersama bahawa semua pihak perlu memberi peluang kepada...

Keputusan Kes Bunuh Datin Di Taman OUG Esok

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan esok untuk keputusan kes enam lelaki dan seorang wanita yang menghadapi pertuduhan bersubahat dan membunuh seorang ejen hartanah wanita di Taman Overseas Union Garden (OUG), tahun lepas.

Hakim Datuk Azman Abdullah menetapkan tarikh itu selepas meneliti hujahan bertulis daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

M. Pal Ganapathy, 26 dan S. Vijendran, 29 , kedua-duanya penganggur, mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan membunuh Datin Wong Siew Ling, 32, di Jalan Hujan Emas 4, OUG, Off Jalan Klang Lama, antara 2 petang hingga 2.30 petang, pada 6 Julai 2016.

Ganapathy dan Vijendran, yang diwakili peguam Vijey Esvaran dan Loh Suk Hwa, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Lima lagi tertuduh, K. Sri Kanapathy, 34, Chen Yuen Ming, 41, Chin Kok Leong, 43, K. Sattiyarad, 29, dan seorang wanita Liew Lai Chen, 46, didakwa bersubahat membunuh wanita itu di tempat dan masa yang sama.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.


Kanapathy diwakili peguam Nur Hayati Omar; Chen diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent; manakala peguam Datuk N. Sivananthan dan Low Huey Teng bertindak bagi pihak Chin, Sattiyarad pula diwakili peguam Datin Freda Sabapathy dan Datuk Simon Sabapathy dan Liew diwakili M. Rajakumaran.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Aznika Mohd Anas, yang telah memanggil 27 saksi pada perbicaraan kes itu bermula pada 11 April lepas.

Pada 6 Julai tahun lepas, seorang ejen hartanah wanita maut di tempat kejadian manakala seorang anaknya cedera selepas kenderaan yang dinaiki mereka ditembak dalam kejadian itu. – BERNAMA

Kategori