Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

“Dok Seke, PM Belanja...

KUALA NERUS - “Dok seke (tak sangka) hari ni PM (Perdana Menteri) belanja...

Himpunan Pakatan Dibenarkan Jika...

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri (KDN) terbuka untuk membenarkan perhimpunan Pakatan Harapan diadakan pada Oktober ini sekiranya ia memenuhi...

Perak Serah Senarai Calon...

GERIK – Senarai calon Barisan Nasional (BN) Perak bagi pilihan raya umum ke-14...

Johari Mahu Jawab Kecaman...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata beliau...

Kerajaan Selangor Tidak Amal Prinsip Sendiri

BERA – Kerajaan Selangor disifatkan tidak mengamalkan prinsip kebebasan bersuara yang dilaung-laungkan mereka apabila bertegas memberhentikan langganan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tindakan itu, menerusi arahan yang dikeluarkan pada Khamis lalu, jelas menunjukkan bahawa kerajaan negeri itu hanya memperjuangkan perkara yang berkepentingan kepada mereka sahaja.

Beliau menambah, tindakan itu juga menunjukkan sikap sebenar pembangkang yang hanya berpura-pura memperjuangkan hak kebebasan bersuara.

“Pembangkang hanya ingin menjadi juara hak asasi yang menguntungkan mereka. Keputusan menghentikan langganan akhbar ini seperti tidak memberikan kebebasan kepada media melaporkan perkara yang boleh membawa keuntungan kepada rakyat.

“Kalau mereka diberi peluang memerintah negara satu hari nanti, saya fikir semua orang tidak boleh bercakap… payahlah kalau macam ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Khidmat Sosial Doktor Muda di Padang Awam Kampung Bukit Serdang di sini, hari ini.

Ismail Sabri diminta mengulas arahan memberhentikan langganan akhbar berkenaan yang tular di laman sosial dan perkara itu disahkan melalui salinan surat pekeliling ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya bertarikh 9 November.


Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menambah tindakan itu juga menunjukkan kerajaaan negeri Selangor seolah-olah tertekan menjelang pilihan raya umum sehingga mahu mengawal sumber maklumat.

“Peranan akhbar arus perdana tidak boleh dinafikan dalam menyampaikan berita yang berkualiti dan mereka mempunyai integriti dalam menjalankan tugas,” katanya. – BERNAMA

Kategori