Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PAS Sedia Tanding PRK...

SANDAKAN - PAS Sabah bersedia meletakkan calon untuk bertanding pada PRK Parlimen Sandakan...

JDT Kempunan Ke Liga...

KUALA LUMPUR - Kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) terpaksa menelan kepahitan...

Perancis Mungkin Akan Tutup...

PARIS - Kerajaan Perancis mungkin menutup sehingga 160 buah masjid dalam masa beberapa...

Syed Saddiq Undur Sebagai...

Kita semua maklum keputusan di Mahkamah Tinggi hari ini, Muda diasaskan ingin membawa politik baharu, politik yang mengangkat maruah dan berintegriti."Saya tidak tergolong dalam kumpulan berkenaan, selepas dibincangkan bersama, kami membuat keputusan, saya akan mengosongkan jawatan saya sebagai Presiden Muda dengan serta-merta sementara saya membersihkan nama di mahkamah," katanya pada sidang media di Pejabat Muda di sini, hari ini.

Kerajaan Serius Tangani Masalah Bekalan Air Di Kedah

KUALA NERANG – Peruntukan kira-kira RM1 billion bagi menyelesaikan masalah air di Kedah membuktikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak begitu prihatin dengan masalah yang membelenggu rakyat di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri Datuk Badrol Hisham Hashim berkata ia juga menunjukkan kesungguhan kerajaan persekutuan serta negeri menyelesaikan isu air yang telah berlarutan sekian lama.

Keprihatinan perdana menteri disebabkan oleh adanya hubungan baik kerajaan negeri dan persekutuan yang mahu melihat masalah air di sesetengah kawasan dapat diselesaikan dengan kadar segera, katanya.

“PM turun melawat Loji Rawatan Air (LRA) Pokok Sena di Kebun 500 untuk melihat sendiri perkembangan projek terbabit dan berpuas hati dengan kelancaran projek itu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Konvokesyen Kanak-Kanak Permata Kemas Zon A, di sini hari ini.

Majlis konvokesyen itu melibatkan 195 kanak-kanak dari Parlimen Padang Terap, Kubang Pasu, Kuala Kedah dan Jerlun.

Badrol Hisham berkata, LRA Pokok Sena yang dibina dengan kos RM68 juta dan dijangka siap pada 15 Nov ini mampu mengatasi masalah bekalan air kepada 63,000 penduduk di sekitar Pokok Sena, Pendang dan utara Padang Terap.


Kerajaan juga katanya akan menyiapkan LRA di Kulim Hitech selari dengan pembangunan sektor perindustrian di kawasan itu.

Dalam pada itu, Badrol Hisham yakin isu bekalan air di Kedah dapat diselesaikan dalam tempoh dua tahun lagi dengan siapnya projek menaik taraf lima LRA dengan kos sebanyak RM600 juta.

“Kerajaan negeri akan membuka tender untuk menaik taraf lima LRA yang melibatkan LRA Bukit Jenun Baru, LRA Pelubang, LRA Bukit Selambau, LRA Sungai Limau dan LRA Lubuk Buntar Lama yang akan siap sepenuhnya pada 2020.

“Kerajaan negeri akan pastikan setiap projek ini siap mengikut jadual dengan pemantauan yang ketat daripada Syarikat Air Darul Aman (SADA) akan dilakukan dari semasa ke semasa,” katanya. – BERNAMA

Kategori