Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Bekas Timbalan Pengerusi Eksekutif...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan bekas timbalan pengerusi eksekutif Malaysian...

Google Street View Kabur...

LONDON - Seekor lembu yang wajahnya dikaburkan oleh pihak pentadbir Google Street View...

PRU14: Pertandingan Tiga Penjuru...

PUTRAJAYA – Kerusi parlimen Putrajaya menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara BN, PAS dan...

KPM Pastikan Isu Kesesakan...

KUALA LANGAT : Jabatan Pendidikan negeri dan daerah diarah memastikan tiada kesesakan keterlaluan...

Pendidikan Rendah, Menengah Percuma Sudah Lama Percuma

KUALA LUMPUR – Pendidikan negara dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah boleh dikategorikan sebagai percuma kerana kerajaan membiayai kos pendidikan pada kedua-dua peringkat itu, kata Anggota Parlimen Lenggong, Perak, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Shamsul Anuar berkata rakyat hanya perlu membayar beberapa yuran yang ditetapkan oleh pihak persatuan ibu bapa dan guru.

“Cuma di peringkat pendidikan tinggi sahaja perlu mereka bayar. Itupun masih lagi bergantung kepada inisiatif kerajaan untuk memastikan bagaimana rakyat mampu meneruskan pendidikan di peringkat tinggi melalui biasiswa dan pinjaman yang diberikan.

“Tidak benar jika dikatakan tidak ada langsung pendidikan percuma di dalam negara ini.

Melalui PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) sendiri juga mengecualikan pembayaran balik pinjaman kepada mereka yang cemerlang,” katanya ketika menjadi tetamu program khas Bicara Bajet 2018 yang disiarkan di TV1, malam tadi.

Program dihoskan Datuk Dahlan Maamor itu turut menjemput anggota Anggota Parlimen Kota Melaka (DAP), Sim Tong Him bagi membincangkan Bajet 2018 dan Bajet Alternatif oleh Pakatan Harapan yang dibentangkan baru-baru ini bagi sektor pendidikan.

Shamsul Anuar yang juga Pengerusi PTPTN berkata sehingga kini, tabung pendidikan berkenaan sudah membelanjakan RM1.3 bilion melibatkan 40,000 pelajar kelas pertama yang dikecualikan bayaran balik pinjaman mereka.

“Pengecualian itu maksudnya jika mereka pinjam RM150,000 dan layak mendapat pengecualian (bayaran balik) bermakna kerajaan telah membayar bagi pihak mereka kepada PTPTN. Kira sudah percuma sebab kerajaan yang tanggung,” katanya.


Bagaimanapun, beliau berpandangan buat masa ini pendidikan percuma secara keseluruhan di semua peringkat seperti yang diperjuangkan pembangkang ia tidak begitu realistik.

“Jika mereka (pembangkang) nak bandingkan dengan negara seperti Finland dan Turki yang menyediakan pendidikan percuma di peringkat tinggi, jumlah pelajar negara itu tidak ramai yang masuk universiti. Malah individu di negara mereka juga dikenakan cukai yang begitu tinggi.

“Kerajaan sedaya upaya mahu memberikan pendidikan terbaik tanpa membebankan rakyat dengan memperuntukkan jumlah yang tinggi bagi pemberian biasiswa iaitu sebanyak RM2.2 bilion baru-baru ini.” katanya.

Menurut Shamsul Anuar, kerajaan juga telah menawarkan pelbagai bentuk potongan pembayaran mengikut terma-terma tertentu.

“Jadi janganlah politikkan soal pendidikan dan pinjaman PTPTN kerana ianya adalah kepentingan bersama, dan daripada 2.7 juta peminjam yang kita bagi kita tak pernah tengok ideologi apa, bendera apa, bangsa apa… yang penting rakyat Malaysia. Inilah kerajaan yang bertanggungjawab,” katanya. – BERNAMA

Kategori