Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Sami Didakwa Dera Anak...

KAJANG - Seorang sami didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas...

Adun Seri Andalas, Dr...

KUALA LUMPUR - Bekas Exco Selangor, Dr A.Xavier Jeyakumar menafikan beliau keluar daripada...

Mahkamah Khas Bicara Kes...

MELAKA - Sebuah mahkamah khas bagi membicarakan kes berkaitan dadah akan diwujudkan secara...

Rayani Air: DCA Terima...

KUALA LUMPUR - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) menerima jawapan dan fakta secukupnya berhubung...

Kerajaan Tiada Kuasa Henti Projek Negeri Di Lereng Bukit

JOHOR BAHRU – Kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan mana-mana projek pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri termasuk di lereng bukit kerana ia tertakluk kepada bidang kuasa negeri masing-masing.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata walaupun kuasa meluluskan atau menghentikan sebarang pembinaan projek termasuk di lereng bukit merupakan hak kerajaan negeri, namun, kerajaan pusat sudah mengeluarkan garis panduan yang boleh dipatuhi.

“Kita (kementerian) sudah mengeluarkan buku Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit Dan Tanah Tinggi 2009 dan diberi kepada semua kerajaan negeri. Tetapi, ia tertakluk kepada pihak kerajaan negeri untuk terima atau tidak…kuasa (untuk menerima) terletak pada kerajaan negeri.

“Jadi, kalau hendak henti projek, ia adalah kuasa kerajaan negeri. Kementerian hanya ada kuasa untuk nasihat, buat dasar, buat pekeliling tetapi pelaksanaannya adalah kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2017, Hari Habitat Sedunia 2017 dan Majlis Penyampaian Watikah Jawatankuasa Perwakilan Penduduk Negeri Johor di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai rungutan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan yang mahu projek pembinaan di lereng bukit di Pulau Pinang dihentikan.

Noh berkata apabila menerima buku Garis Panduan Perancangan Pembangunan Di Kawasan Bukit Dan Tanah Tinggi 2009, ada negeri yang mengubah suai garis panduan itu.


Beliau berkata Pulau Pinang juga telah mengubah suai garis panduan tersebut mengikut geografi negeri itu, sekali gus mengeluarkan Garis Panduan Keselamatan Untuk Pembangunan Kawasan Bukit 2012.

Dalam pada itu, Noh menasihati semua kerajaan negeri supaya mematuhi peraturan ditetapkan Majlis Perancangan Fizikal Negara bagi mengelak kegagalan perancangan pembangunan yang boleh mencetuskan bencana alam.

“Kalau ia (bencana) berlaku dengan kehendak Allah SWT, ia memang di luar kuasa kita tetapi jika ia berlaku akibat kecuaian manusia sendiri di mana kita patut boleh atasinya, maka, kita tidak boleh hendak menyalahkan takdir,” katanya. – BERNAMA

Kategori