Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Erra Mahu Anak Membesar...

PELAKON dan penyanyi jelita, Erra Fazira sebelum ini menerima pelbagai reaksi daripada netizen...

Video: Melancong Disneyland Shanghai?...

JIKA anda mempunyai impian membawa anak-anak melancong ke taman tema terkenal Disneyland, pastikan...

Kanak-Kanak Jadi `Hulk’ Selama...

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia lima tahun menjadi `Incredible Hulk' selepas cat muka berwarna hijau...

MCA Tolak Perhimpunan ‘Anti...

KUALA LUMPUR - MCA hari ini sekeras-kerasnya menolak "Himpunan Rakyat Bersatu" yang dikatakan...

Kerajaan Tidak Sekat Mugabe Datang Malaysia

BAGAN DATUK – Kerajaan tidak akan menyekat atau membantah sekiranya Presiden Zimbabwe Robert Mugabe berhasrat datang ke Malaysia bagi mendapatkan rawatan kesihatan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata pendirian itu selaras dengan hasrat kerajaan yang giat mempromosikan pelancongan kesihatan di negara ini kepada masyarakat antarabangsa.

“Kita tiada bantahan. Kita (Malaysia) tidak sesekali mencampuri urusan dalam negara lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Fiesta Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang di sini, hari ini.

Program fasa kedua itu dianjurkan oleh Unit Strategi Nasional, Kementerian Kewangan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri diminta mengulas laporan sebuah portal berita yang menyatakan Mugabe, yang berdepan tekanan untuk meletakkan jawatan, dan isterinya Grace mungkin mengunjungi Singapura atau Malaysia.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata: “Itu hanya laporan, saya belum mendapat laporan yang beliau akan datang Malaysia atau negara jiran.”


Dalam pada itu, timbalan perdana menteri mengesahkan presiden Zimbabwe yang berumur 93 tahun itu sudah beberapa kali datang ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan perubatan di hospital swasta di ibu negara.

“Kalau beliau mahu dapatkan rawatan lanjut, mungkin beliau akan datang (ke Malaysia) atau memilih negara lain.

“Berdasarkan rekod yang ada, sejak 10 tahun kebelakangan ini tidak kurang tiga kali beliau (Mugabe) mendapatkan rawatan di Malaysia,” kata Ahmad Zahid. – BERNAMA

Kategori