Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pemimpin Lama Sanggup Guna...

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata seorang pemimpin lama sanggup guna taktik hasut...

Malaysia, Indonesia Mahu Maju...

JAKARTA - Malaysia dan Indonesia bercadang memajukan kawasan sempadan Malaysia-Indonesia di Tebedu, Sarawak...

APMM & Maritim Thailand...

SATUN, SELATAN THAI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan pihak berkuasa maritim...

Abang Johari Tampil Banyak...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Dr Abang Johari Tun Openg berjaya...

Kereta Rolls-Royce, Hadiah Buat Izara, Adib

PASANGAN merpati dua sejoli, Izara Aishah dan Adib Khalid sudah pasti gembira bakal disatukan tidak lama lagi.

Namun, nampaknya ada kegembiraan berganda buat pasangan ini. Mana tidaknya, mereka baru sahaja menerima sebuah kereta jenama Rolls-Royce sebagai hadiah perkahwinan!

Baru-baru ini tular menerusi media sosial satu rakaman video yang menunjukkan kereta itu dipersembahkan kepada Izara dan Adib.

Kereta tersebut dihadiahkan daripada abang sulung Adib sendiri, Anas Khalid.

Khabarnya, kereta itu sebagai tanda kasih sayangnya sebagai seorang abang kepada adiknya itu.

“Macam mana perasaan beli kereta baharu, untuk hadiah perkahwinan awak,” kata Anas dalam video tersebut.

Jelas wajah mereka terkejut dan gembira dalam masa yang sama selepas melihat kereta mewah itu di hadapan mata.

Dengar-dengarnya kereta model Phantom itu berharga lebih daripada RM1 juta. Nampaknya, murah rezeki bakal mempelai yang akan memulakan kehidupan baharu tidak lama lagi.

Adib dan Izara masing-masing tersenyum dan mengucapkan terima kasih dengan pemberian mengejut itu.

Terdahulu, mereka telah mengikat tali pertunangan pada 17 Julai 2017.


Pasangan ini bakal dinikahkan esok dan majlis resepsi akan diadakan selang dua hari, iaitu pada hari Ahad di sebuah hotel di ibu kota.

Adib yang juga Pegawai Eksekutif Tune Studio merupakan anak kedua hasil perkahwinan Datuk Khalid Mohamad Jiwa dengan bekas isterinya, Tengku Zawyah Tengku Izham.

Tahniah diucapkan kepada Izara dan Adib! Semoga ikatan perkahwinan yang bakal terjalin berkekalan dan majlis pernikahan nanti berjalan dengan lancar. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori