Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Oksigen Kurang Punca Ribuan...

KUALA LUMPUR - Para penduduk flat kos rendah di Projek Perumahan Rakyat (PPR)...

Ayam Pencen Ganti Ayam...

Kuala Terengganu : Ayam pencen mula menjadi pilihan masyarakat selepas berlakunya krisis kekurangan...

Majikan Diingat Patuhi Peruntukan...

PUTRAJAYA - Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V pada...

Banjir Mula Melanda Kedah,...

KUALA LUMPUR - Banjir mula melanda Kedah dengan sekurang-kurangnya 51 orang di beberapa...

Kes Cabar Pelantikan Ketua Hakim Negara 7 Disember

KUALA LUMPUR – Pendengaran permohonan kebenaran semakan kehakiman yang difailkan Penolong Setiausaha Parti Amanah Negara (PAN) Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, bagi mencabar pelantikan Tun Md Raus Sharif sebagai Ketua Hakim Negara dan hakim tambahan Mahkamah Persekutuan ditetapkan pada 7 Disember.

Peguam Nadzratun Naim Hammad Azizi yang mewakili Abang Ahmad Kerdee memberitahu pemberita bahawa Hakim Mahkamah Tinggi Datin Azizah Nawawi menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya semasa kes itu disebut di hadapannya hari ini.

Turut hadir ialah Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan yang bertindak bagi pihak Md Raus selaku responden.

Abang Ahmad Kerdee selaku pemohon memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman itu pada 1 November lepas bagi menuntut deklarasi bahawa pelantikan Md Raus sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan pada 4 Ogos 2017 di bawah Perkara 122(1A) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak sah, tidak berperlembagaan, terbatal dan tidak mempunyai apa-apa kesan.

Pemohon juga menuntut agar diberi kebenaran untuk mendapatkan ‘Writ Quo Warranto’ supaya responden menunjukkan sebab dan memberikan pengesahan bagaimana dan apakah asas responden menjawat jawatan berkenaan.


Beliau juga menuntut perintah certiorari untuk membatalkan pelantikan responden sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan dan Ketua Hakim Negara juga perintah injunksi bagi menghalang responden dan/atau ejen beliau melaksanakan tanggungjawab, fungsi dan tugas beliau sama ada sebagai hakim tambahan Mahkamah Persekutuan atau Ketua Hakim Negara. – BERNAMA

Kategori