Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

22,133 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 hari ini masih lagi melepasi angka 20,000 dengan 22,133...

PKR Terengganu Kekal Pembangkang...

KUALA TERENGGANU - PKR Terengganu akan terus kekal sebagai pembangkang dan meneruskan kerja-kerja...

Penyokong Pakatan Harapan Telah...

KUALA LUMPUR - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikecam oleh penyokong...

Kolam Didakwa Milik Puteri...

KOTA BHARU – Sebuah kolam yang didakwa sebagai tempat mandi-manda Puteri Saadong di...

Kes Dadah, Nadzmi Mengaku Ditahan Kurang 24 Jam

NAMA Nadzmi Adhwa mula dikenali dalam drama Hati Perempuan yang disiarkan pada tahun 2015 yang lalu. Namanya semakin dikenali apabila mengacarakan sebuah program travelog.

Namun, namanya disebut-sebut sejak minggu lalu apabila tersebarnya berita tentang penahanan seorang pelakon lelaki kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja.

Baca: Pelakon Lelaki Bersama 2 Rakan Ditahan Miliki Dadah

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Mindorder Sdn. Bhd. yang juga syarikat pengurusannya, Nadzmi mengakui dia antara tiga individu yang ditahan pada pagi Jumaat lalu.

Menurutnya, akibat terlalu percayakan kawan baik sendiri, dia turut terkena tempias kawannya yang sememangnya sedang dalam pemerhatian pihak polis.

“Nasib tidak menyebelahi saya apabila pihak berkuasa menahan saya sewaktu berada bersamanya. Kesilapan saya adalah terlalu mempercayai teman dan terpengaruh.

“Bagaimanapun peristiwa ditahan pihak berkuasa banyak memberikan pengajaran kepada saya agar lebih berhati-hati dalam memilih kawan,” katanya dipetik mStar Online.

Bagaimanapun, aktor berusia 25 tahun ini ditahan tidak sampai 24 jam sebelum dibebaskan polis selepas diyakini memang tidak bersalah.


“Saya yakin tidak bersalah dalam hal ini dan telah pun dibebaskan tidak sampai 24 jam selepas ditahan,” ujarnya.

Dalam pada itu, pengacara rancangan Jalan-Jalan Makan Angin ini memohon maaf dengan apa yang telah berlaku dan berjanji untuk tidak mengulangi kesilapannya itu.

Pukul 1.30 pagi Jumaat lalu, Nadzmi telah ditahan atas dakwaan memiliki 5.97 gram ganja di sebuah stesen minyak di Jalan Bukit Setiawangsa, Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur.

Pihak polis turut menemui sebuah tin aluminium berisi daun ganja yang disembunyikan di bawah tempat duduk pemandu kenderaan berkenaan. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori